Siakap Keli

“Setiap Hari Hanya Minum Milo,” Lelaki Dedah Tabiat Pelik Pekerjanya & Rupanya Ada Kisah Sedih Tentang Keluarga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selalu orang kata, kalau seseorang itu ada tabiat pelik dalam rutin hariannya, mesti ada sebab yang tidak diceritakannya.

Misalnya, menyimpan sesuatu barang yang dijadikan sebagai tanda kenangan.

Ada juga tabiat pelik di mana seseorang itu akan meminum satu jenis minuman sahaja dan di sebalik tabiatnya itu, tersimpan satu sejarah hidup yang pernah menimpa dirinya.

Seorang warga Twitter ini berkongsi pengalamannya sendiri tentang seorang pekerjanya yang mempunyai sikap yang pelik.

Menariknya lagi, rupa-rupanya pekerja tersebut ada kisahnya tersendiri yang mengaitkan perjalanan hidupnya dengan sebungkus air Milo.

Jom baca kisah benar di bawah ini.

Gambar sekadar hiasan.

Dekat kilang aku ada sorang pekerja asing dari Myanmar. Aku selalu tengok dia time rehat dengan sebungkus air Milo je. Tapi dia tak tertarik untuk makan makanan yang lain atau air lain.

Then aku sapa lah dia, aku tanya “Suka air milo ke?” then dia jawab saya suka bang, sedap. Tapi dalam nada percakapan pelat-pelat sikitlah. Pastu aku suggestlah dekat dia suruh beli milo tin dengan susu boleh buat dekat rumah. Dia angguk je.

Lepastu datang kawan dia cakap dengan dia dalam bahasa dorang. Lepastu yang suka Milo tu pun macam happy semacam. Aku tanya yang kawan dia tu. You cakap apa dengan dia. Pastu dia jawab, “Saya cakap abang ambil berat dengan workers lain” kitorang suka abang kerja sini.

Then aku cakaplah sama-sama manusia. Tak boleh ada beza-beza layanan. Lepas tu yang kawan dia tu cerita yang suka air Milo tu tak tau membaca sangat dan tak tau cakap sangat. Lepas tu aku tanya kenapa dia suka sangat minum air Milo. Aku jadi tertanya-tanya sebab yela setiap hari dia minum milo.

Then kawan dia tu cerita yang sebenarnya dia dari keluarga yang betul-betul susah. Dekat kampung dia, ada satu adik OKU dan mak dia. Ayah dah takde. Adik dia yang OKU tu suka sangat air coklat. Masa ni aku dah pelik,, apa kena mengena. Adik dia yang suka kenapa dia yang minum pulak kan.

Then kawan dia bagi tau, ada satu hari adik dia yang OKU tu main-main dekat luar rumah lepas tu secara tak sedar adik dia tu dah berjalan sampai dekat kedai makan. Then dia nampak air coklat atas meja tapi takde orang. Adik dia tu pun minumlah sampai habis.

Datang tuan air tu, marahlah sebab air dia habis. Sekali tuan air tu pukul adik dia sampai pengsan. Tak silap aku dia kata sebab tuan air tu terlempang tepat dekat rahang. Lepastu orang-orang semua angkat pi kedai. Nak bangunkan dia dan akhirnya si adik dia tu mati dekat kedai.

Abang dia baliklah bawak sekotak air coklat untuk adik dia tapi adik dia dah takde. Orang yang lempang tu hilang tah kemana dia kata. Tak dapat dikesan. Seminggu lepas adik dia mati, mak dia pulak mati sebab takde selera makan sebab rindukan adik tu.

Dia pun hidup sebatang kara sampailah dia dapat datang Malaysia. Dia minum air Milo tu sebab dia nak sentiasa beringat untuk kerja keras untuk adik dia. Tapi sebenarnya adik dia dah takde dan dia takleh terima adik dengan mak dia mati.

Gambar sekadar hiasan.

Tapi kawan dia cakap, dia sedar je yang adik dengan mak dia mati. Cuma dia tak mampu nak lepaskan kenangan tu semua. Dia takde smartphone, dia cuma ada gambar adik dengan mak dia masa zaman Kodak tu je.

Aku tak tau apa yang Allah dah uji dia tapi warga asing macam ni still cuba survive sorang walaupun ada kawan-kawan tapi bila semua call family, dia just duduk, baring-baring dan layan air milo. Tak pun tengok gambar family dia tu.

Korang ingatlah, sesuatu yang kecil pada kita mungkin besar makna dia pada orang lain. Hargailah apa je yang ada dengan kita sekarang. Sampai satu masa, Allah akan ambik semula.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.