Siakap Keli
Kredit: Google/Al-Jazeera

Isu Dokumentari, Al Jazeera Keluar Kenyataan Sedia Bertemu Dengan Wakil Kerajaan Malaysia

Kuala Lumpur, 10 Julai – Al Jazeera dalam satu kenyataan mengaku terkejut dengan kontroversi membabitkan dokumentari ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang diterbitkan oleh 101 East Documentary dan bersedia bertemu dengan wakil kerajaan Malaysia.

Dalam kenyataan Al Jazeera, mereka menyifatkan dokumentari tersebut sebagai adil dan hanya melaporkan apa yang berlaku di Malaysia.

“Dokumentari berkenaan merakamkan peristiwa, termasuk penahanan imigran ketika ia sedang berlaku di Malaysia. Kejadian ini turut dilaporkan secara meluas oleh saluran media yang lain secara domestik dan global,” – Al Jazeera.

Agensi berita antarabangsa tersebut juga berkata laporan dokumentari berkenaan tidak melibatkan pandangan peribadi oleh wartawannya.

Dalam dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat itu, terdapat beberapa laporan yang didakwa tidak tepat dan mencetuskan rasa tidak puas hati.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap isu berkenaan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis akan memanggil pengendali Al  Jazeera dan wartawannya yang terlibat dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

Sumber: Al-Jazeera, Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.