Semakin menunjukkan perkembangan yang positif, adik Ainul Mardhiah yang sebelum ini menjalani pembedahan kerana penyakit ‘Germ Cell Tumour‘ sememangnya sentiasa menjadi perhatian rakyat Malaysia.
Terbaru, menerusi video yang dikongsikan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin di Facebook, Ainul yang kini sudah menjadi kakak mencuri perhatian ramai apabila menyambut ketibaan adiknya di rumah.
Menerusi video tersebut, Ainul yang ceria dilihat seakan memberikan salam kepada adiknya dan telatahnya itu membuatkan orang disekelilingnya kagum.
Ainul beri salam perkenalan kepada adik dia yang baru tiba di rumah.
Ainul beri salam perkenalan kepada adik dia yang baru tiba di rumah. 😁
Posted by Ahmad Safiuddin on Friday, July 10, 2020
Semalam, Ahmad Safiuddin menerusi perkongsiannya di Facebook memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan kehadiran ahli baru di dalam keluarganya.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah swt. Khamis, 3:40pm, Khalifah.
Posted by Ahmad Safiuddin on Thursday, July 9, 2020
Tambahnya juga melalui perkongsian seterusnya, bayi dan isterinya berada dalam keadaan yang sihat.
Lepas ni kakak ainul dah ada kawan bermain. Boleh explore dengan adik. Boleh main dengan adik. Belajar sama sama dengan adik. Membesar sama sama dengan adik.
Tadi video call mama dia dgn adik dia, habis dicungkil2 hidung si adik dalam telefon. Kalau jumpa depan-depan ni macam…
Posted by Ahmad Safiuddin on Thursday, July 9, 2020
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang gembira melihat telatah Ainul dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana telah menjadi seorang kakak.
Tahniah diucapkan kepada Ahmad Safiuddin sekeluarga di atas kedatangan permata baharu. Moga adik Ainul sentiasa membesar dengan baik dan menjadi seorang kakak yang penyayang kepada adiknya.
Sumber: Ahmad Safiuddin