Siakap Keli

(Video) Gelagat Cuit Hati Kanak-Kanak Pura-Pura Tidur Lepas Kantoi ‘Curi’ Makanan Ringan Di Dapur

Tular satu rakaman video yang dikongsikan di laman Twitter rahm3sh yang menunjukkan aksi mencuit hati seorang budak perempuan yang berpura-pura tidur ketika dia ‘tertangkap’ mengambil makanan ringan dari dapur.

Budak perempuan itu telah tertangkap oleh neneknya ketika dia cuba untuk mengambil makanan ringan dari karbinet dapur. Lucunya, untuk melepaskan diri dia telah berpura-pura untuk tidur sambil berdiri tegak.

Dalam rakaman video berkenaan, neneknya telah memberi amaran supaya dia meletakkan kembali makanan ringan yang diambilnya. Namun, dia telah berpura-pura tidak mendengarnya dan tetap berdiri disitu dengan matanya tertutup rapat.

Beberapa saat kemudian, dia membuka matanya dan memberikan senyuman. Rata-rata yang melihat video tersebut geli hati dengan telatah nakal budak perempuan itu. Video ini telah mendapat 84.6k ulang kicau dan 323.4k tanda suka.

Sumber: Twitter

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa