Siakap Keli

(Video) “Yang Dinanti Berkunjung Tiba…” Sinar Baru, To’ki Dapat Bantuan Rumah Lebih Selesa

Cerita mengenai seorang artis veteran, Mohd Zaki Bin Mansor atau lebih dikenali sebagai To’ki masih belum berakhir.

Sebelum ini, gempar kisah tentang beliau bersama isterinya yang menetap dalam sebuah pondok usang di dalam hutan di Gombak.

Berita mengejutkan itu tular ke serata media sosial sehingga sampai ke pengetahuan pihak berwajib seperti Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) serta Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Dalam masa sama, pendakwah yang terkenal dengan slogan ‘Saudaraku, Di Sebalik Ujian Ada Rahmat’, Ustaz Ebit Lew turut turun padang menyantuninya.

Atas kelayakan dan ihsan manusiawi, To’ki bakal diberikan rumah baharu oleh pihak PPZ MAIWP, serta bantuan-bantuan lain yang bersinambungan oleh LZS dan Ustaz Ebit Lew.

Gambar: PPZ MAIWP
Gambar: Lembaga Zakat Selangor
Gambar: Ustaz Ebit Lew

BACA: Kesempitan To’ki Tak Diabaikan, PPZ MAIWP & Ustaz Ebit Lew Tampil Hulur Bantuan

BACA: Kemalangan Hingga Pergerakkan Isteri Terbatas, Nasib Artis Veteran To’ki Terbela & Ditawarkan Bantuan Rumah Sewa

Yang dinanti sudah berkunjung tiba

Hari ini, apa yang dinantikan telah pun berkunjung tiba.

Memetik kenyataan PPZ MAIWP di halaman Facebook, pihaknya diketuai ketua pegawai eksekutif, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff telah menyerahkan kunci rumah kepada insan berkenaan pada semalam.

Rakaman video detik bersejarah tersebut telah dimuat naik hari ini seperti di bawah.

Alhamdulillah, hari ini Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff telah menyerahkan kunci kediaman yang lebih selesa kepada To’ki atau nama sebenar beliau, Mohd Zaki Mansur, 53 tahun seperti yang dijanjikan dalam pertemuan yang lalu.

Sejurus mendapat perkhabaran berita dari pihak media minggu lepas, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP telah mengambil langkah pantas untuk tampil membantu To’ki dan juga isterinya , Puan Fairuz yang kurang sihat akibat kemalangan jalan raya.

Pihak PPZ-MAIWP telah menghulurkan beberapa bentuk bantuan yang keseluruhan bernilai hampir RM20,000 seperti pembayaran rumah sewa, peralatan asas rumah, komputer riba dan juga bantuan kewangan.

Diharapkan bantuan yang telah diserahkan oleh PPZ-MAIWP dapat membantu kebangkitan perjalanan hidup beliau ke tahap yang lebih baik dan memberikan sinar baharu kepada To’ki untuk terus berkarya dan berjaya dalam kehidupan.

PPZ-MAIWP akan terus menggerakkan pelbagai jenis program tanggungjawab sosial (CSR) yang dijenamakan sebagai Khaira PPZ. Semoga program CSR yang dijalankan dapat membantu lebih ramai lagi golongan yang kurang berkemampuan.

#PPZPakatBantu
#PakatBantu
#KhairaPPZ
#UsrahSaeedah
#PusatPungutanZakat
#PPZMAIWP

Sumber: Ustaz Shukri Yusoff, Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.