Siakap Keli

Sayu, Ayah Suruh Kemas Rumah Sebab Ramai Nak Datang Rupanya Si Ayah Nak Pergi Buat Selamanya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehilangan orang tersayang perit untuk diterima apatah lagi jika ianya berlaku sekelip mata. Walau berat untuk diterima, namun sebagai manusia kita harus redha akan setiap takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.

Perkongsian oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Syawal di Twitter baru-baru ini mengenai pemergian ayahnya yang tersayang, ternyata meruntun perasaan ramai.

Difahamkan, arwah ayahnya telah menghembuskan nafas terakhir pada petang semalam akibat serangan jantung sejurus kemalangan ketika menaiki motosikal.

Ayah, abang yang ‘sambut’ ayah tadi

Menurut Syawal, dia berada bersama-sama arwah di saat terakhir sambil arwah tidak mahu melepaskan pegangan tangannya sehingga menutup mata.

Malah, lebih sayu, pada hari kejadian mereka sempat menikmati makan tengahari yang terakhir bersama-sama.

Tanpa disedari di saat itu arwah ayahnya telah memberikan ‘hint’ dengan memintanya mengemas rumah kerana ramai tetamu yang akan datang ke rumah mereka.

Rupanya tetamu yang datang untuk pemergian dia

Rata-rata warganet yang membanjiri perkongsian tersebut turut menzahirkan rasa sedih dan ucapan takziah mereka.

Semoga arwah ditempatkan di dalam kalangan orang beriman dan diberikan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan.

Menangis aku baca

Allahukabar sedihnya

Kasih sayang Allah lebih besar

Sumber: Twitter Syawal

 

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.