Siakap Keli
FOTO: ANIMAARAS

(Video) Mudah Terhibur, CCTV Rakam Gelagat Payung ‘Berlari’ Ketika Hujan Lebat

Tular video di laman Twitter baru-baru ini buat ramai ‘berdekah’ melihat aksi payung apabila ditiup angin kuat melalui satu rakaman litar tertutup.

Menerusi video tersebut, aksi payung itu seakan-akan berlari menyelamatkan diri selepas ditiup angin hujan.

Perkongsian daripada Anismaaras ini mendapat lebih daripada 300k tontonan di laman Twitternya. Mana taknya, ramai yang sakit perut sebab menonton aksi payung ini. Angin yang kuat menyebabkan payung ini berpusing dan berjalan menggunakan jejari-jejari dihujung permukaan payung tersebut.

“Aku gelak sampai menangis semalam tengok payung ni lari”

Rata-rata warganet memberi reaksi pada awalnya seram tetapi terselit jenaka apabila melihat payung berlari-lari di dalam hujan. Bukan itu saja, ada juga yang edit dan letakkan lagu latar dalam video tersebut.

 

Sumber: Animaaras

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang