Siakap Keli

Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Di Kuching Bermula Esok

Kuching: Kerajaan negeri Sarawak akan mula melaksanakan perkhidmatan bas sekolah secara percuma buat para pelajar di sekitar bandar raya Kuching mulai esok.

Menteri Muda Pengangkutan Negeri Datuk Dr Jerip Susil berkata perkhidmatan percuma itu akan diperluaskan di bandar-bandar lain di Sarawak secara berperingkat.

Beliau berkata ia merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi menggalakkan ibu bapa menggunakan perkhidmatan bas untuk menghantar anak-anak ke sekolah, di samping membantu dalam mengurangkan kesesakan jalan raya, terutama di sekitar kawasan sekolah.

“Inisiatif ini juga bertujuan melatih para pelajar menggunakan khidmat pengangkutan awam,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata satu lagi inisiatif kerajaan negeri bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam ialah pelaksanaan tambang bas RM1, yang sudahpun dilaksanakan di sini, yang melibatkan sekitar Kuching, Bau dan Lundu, namun ia masih diperingkat percubaan.

“Cuma bayar RM1 dan penumpang bas boleh pergi kemana-mana sahaja dalam daerah berkenaan,” katanya.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.