Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kd pari tamat perkhidmatan
Gambar: Bernama

KD Pari Tamat Perkhidmatan Selepas 49 Tahun

BERNAMA

KD Pari Tamat Perkhidmatan Selepas 49 Tahun

SANDAKAN, 30 Jan (Bernama) -- Kapal Diraja (KD) Pari yang pernah memainkan peranan penting dalam Op Daulat bagi mengekang pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu pada 2013, mengakhiri perkhidmatan secara rasmi selepas 49 tahun bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris berkata upacara pelucutan tauliah kapal rondaan itu bukan sekadar menamatkan aset lama sebaliknya simbol penting kepada proses transformasi TLDM ke arah armada yang lebih moden dan berkeupayaan tinggi.

"Kapal ini sudah berkhidmat dengan cemerlang dalam menjalankan tugas di perairan Sabah dan Semenanjung dengan rekod pelayaran 397 juta batu nautika, selain terbabit dengan pelbagai operasi penting serta latihan bersama kapal tempatan dan luar negara.

"KD Pari menjadi kapal pertama daripada skuadron yang dilucut tauliah pada tahun ini, beberapa kapal lain dijangka akan melalui proses pelucutan tauliah secara berperingkat," katanya selepas menyempurnakan upacara pelucutan tauliah kapal berkenaan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata KD Pari juga memainkan peranan penting dalam menyokong misi Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi menjamin zon keselamatan di kawasan perairan timur negeri itu Sabah Timur.

Berdasarkan sejarah ringkas, KD Pari dilancarkan pada 1975 di Limbungan Hong Leong-Lurssen, Butterworth, Pulau Pinang, seterusnya ditauliahkan pada 23 Mac 1977.

Menggunakan panggilan antarabangsa 9MJO dan nombor pennant 3510, kapal ini pada mulanya diletakkan di bawah Skuadron Fast Attack Craft (Gun) bersama lima kapal ronda lain di bawah kelas Jerong, iaitu KD JERONG (3505), KD TODAK (3506), KD PAUS (3507), KD YU (3508) dan KD BAUNG (3509).

Pada 2019 skuadron tersebut telah ditukarkan kepada Skuadron Kapal Ronda Laju (SKRL - 6) yang turut menggabungkan KD SERANG (3502) dan KD GANAS (3503).

Kesemua kapal milik TLDM itu seterusnya diletakkan di bawah naungan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) yang berpangkalan di Sandakan, Sabah bagi menjalankan tugas rondaan terutamanya di pantai timur Sabah.

Sumber:BERNAMA