Siakap Keli
Gambar Via Google

Firma Bioteknologi AS Umum Vaksin Covid-19 Berada Pada Peringkat Percubaan Manusia Terakhir Pada 27 Julai Ini

Firma bioteknologi Amerika Syarikat, Moderna, mengatakan bahawa mereka akan memasuki peringkat akhir percubaan manusia untuk vaksin Covid-19 pada 27 Julai ini untuk menguji seberapa berkesan ia melindungi manusia di dunia nyata.

Kenyataan yang diumumkan semalam itu dibuat ketika hasil percubaan awal yang bertujuan untuk membuktikan vaksin itu selamat dan mencetuskan produksi antibodi diterbitkan.

Percubaan fasa ketiga akan merekrut 30,000 orang peserta di Amerika Syarikat dengan separuh darinya menerima vaksin pada tahap dos 100 mikrogram dan separuh lagi akan menerima plasebo.

Para penyelidik kemudiannya akan mengesan mereka selama dua tahun untuk menentukan sama ada mereka dilindungi daripada jangkitan oleh virus atau jika mereka dijangkiti, adakah vaksin untuk mencegah gejala berkembang.

Sekiranya mereka mengalami simptom, vaksin masih boleh dianggap berjaya jika menghentikan kes Covid-19 yang teruk.

Kajian sepatutnya dijalankan sehingga 27 Oktober 2022 namun keputusan awal perlu ada sebelum itu.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Jurnal Perubatan New England menerbitkan keputusan dari peringkat pertama percubaan vaksin Moderna yang memperlihatkan kesemua 45 peserta telah mengembangkan antibodi terhadap virus tersebut.

Moderna berada dalam posisi terdahulu di dalam perlumbaan dunia untuk mencari vaksin menentang Covid-19 yang telah menjangkiti lebih 13.2 juta orang dan membunuh 570,000.

Sumber: The Economic Times 

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa