Siakap Keli

Saintis China 99 Peratus Yakin Vaksin Dihasilkan Mereka Mampu Cegah COVID-19

Saintis di China yakin vaksin yang mereka bangunkan 99 peratus berkesan untuk merawat COVID-19.

Syarikat bioteknologi, Sinovac berpusat di Beijing sedang dalam percubaan fasa kedua vaksin terhadap 1,00 orang sukarelawan yang mengambil bahagian dalam eksperimen klinikal tersebut.

Luo Baishan, seorang saintis di Sinovac, menjawab kepada Sky News ketika ditanya adakah ujian ini akan berhasil, “Ya, Ya. Ia mesti berjaya.. 99%.”

Sebelum ini, Sinovac ada menerbitkan hasil mereka dalam jurnal akademik, vaksin yang diberi nama ‘CoronaVac’ berjaya melindungi monyet dari dijangkiti virus korona.

Syarikat ini sedang dalam perbincangan awal untuk melakukan percubaan fasa ketiga iaitu bahagian terakhir di United Kingdom.

Hal ini kerana, jumlah kes COVID-19 yang semakin rendah di China menyukarkan uji kaji kerberkesanan vaksin tersebut.

Helen Yang, pengarah kanan syarikat itu memberitahu Sky News, “Kami sedang dalam perbincangan dengan beberapa negara Eropah dan sudah berbincang dengan pihak United Kingdom.”

Syarikat bioteknologi ini sedang membina kilang komersial di beberapa tempat dengan matlamat unttuk menghasilkan 100 juta dos vaksin.

Sinovac, mencadangkan vaksin ini diagihkan kepada kumpulan yang berisiko tinggi seperti pekerja kesihatan, ataupun warga emas.

Walau bagaimanapun, vaksin ini tidak akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat kerana percubaan setiap fasa memerlukan beberapa bulan dan seterusnya perlu mendapatkan kelulusan untuk digunakan orang ramai.

Sumber: SkyNews

Nur Syafiqah