Siakap Keli
kapal indonesia karam
Kredit: Tribun News

Kapal Tentera Indonesia Karam Di Perairan Jawa Timur

JAKARTA, 15 Julai (Bernama) — Sebuah kapal tentera laut Indonesia, KRI Teluk Jakarta-541, yang sedang menjalankan tugasan logistik tenggelam di perairan Masalembo wilayah Jawa Timur kira-kira 8.30 pagi Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Tentera Laut Indonesia berkata dalam satu kenyataan pada Rabu, kapal itu karam disebabkan terdapat beberapa kebocoran pada kapal berkenaan.

“Gelombang ombak (di sekitar) lokasi pada ketinggian antara 2.5 dan empat meter ketika kejadian,” kata kenyataan itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua 55 anak kapal diselamatkan dua kapal awam yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.