Siakap Keli

Lelaki Ini DIY Pintu Kabinet Dapur Guna “Wallpaper” Je, Berubah Macam Baru Beli

Pasti ramai terutamanya para wanita yang berkeinginan untuk mengubah suai ruang dalam kediaman tetapi tidak  mahu mengeluarkan bajet yang banyak. Apa kata kita deko sendiri. Mungkin ambil masa yang banyak untuk disiapkan tapi percayalah hasilnya sangat memuaskan.

Seperti yang dikongsikan oleh Peju Nini menerusi grup Kelab Deko Sebelum & Selepas.

Dalam perkongsian tersebut, lelaki ini telah mengambil inisiatif untuk deko sendiri bahagian dapur rumahnya atas permintaan isteri. Mari kita ikuti perkongsiannya ini.

Alhamdulillah selesai projek deko dapur projek hujung minggu buat sikit2. terima kasih kat encik suami gigih layan kehendak bini yang nak tukar wajah dapur selepas berbulan2 follow group deko ni, berkobar2 semangat dibuatnya.

Baiklah atas permintaan ramai..ni saya share kan link yang terlibat dalam proses deko dapur saya ni

1) Pintu kabinet (shoopee) rm102 : Beli di SINI

2)kayu frame pintu : hardware

3) kitchen cabinet conceal door (yang ni tuk lekatkan pintu dapur) rm 0.89 : Beli di SINI

4)cat dapur : jotun code white snow (kedai cat)

5) wallpaper kabinet (shoopee) yang ni dari china tapi amik masa 6 hari je dia pos..bagus seller ni..very fast postage👍: Beli di SINI

6)pemegang pintu kabinet (shoopee) rm 1.00 : Beli di SINI

7)Bidai tingkap : kedai Mr Diy.

8) Wallpaper wallbrick dapur (wallpaper ni ade banyak lebih..sesiapa berminat boleh la beli dengan saya..boleh pm saya 0139117236) : Beli di SINI

Ini adalah sinki kami dari mula2 kami beli rumah ni tak pernah pasang pintu kabinet tetiba rasa semangat plak nak pasang sendiri sebab tanya dah tukang kabinet..besar ni dalam rm800 so gigih encik suami nak buat sendiri katanya.

Bermula lah projek DIY pintu kabinet.

pintu kabinet ni kami beli di shoopee jer..bagi je ukuran yang kita nak..nanti diorang anta mengikut ukuran kita bagi tu..satu pintu rm30 so 3 pintu+ postage = rm102 saja.

Tebal pintu ni..boleh tahan berat dan tebal nya..

kabinet lama yang nak kena makeup dengan wallpaper kabinet..ini pon kami beli kat shoopee..puas hati sebab berkilat2 kabinet kami lepas kena balut

Maaf ye bersepah

Dapur sebelum di cat.

Alhamdulillah siap lah dapur kecil kami. bahagian tile tu saya lekat dengan wallpaper brick dari shoopee.

Sumber: Peju Nini via Kelab Deko Sebelum & Selepas

Nor Azilah