Artikel oleh Nor Azilah

Berita

Pengasuh Didakwa Cuai Hingga Sebabkan Kematian Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua tuduhan bertindak cuai sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dan menjalankan taman asuhan kanak-kanak yang tidak berdaftar, tahun lepas. Zainuhar Che Kar, 46, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi. Mengikut pertuduhan, Zainuhar didakwa bertindak cuai […]

Nor Azilah

Gaya hidup

Semporna Tawar Pakej Percutian Menarik Buat Pencinta Khazanah Marin

SEMPORNA, 22 Julai — Semporna yang terkenal dengan khazanah marin serta pulau peranginan antarabangsa menawarkan pelbagai pakej percutian bajet dan menarik untuk pelancong dalam negara berkunjung ke daerah berkenaan. Kebanyakan pengusaha resort di sini menyediakan tawaran yang sukar ditolak khususnya buat penyelam dan pencinta hidupan marin bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi dan pelancongan setelah ditutup […]

Nor Azilah

Luar Negara

Hati Lelaki Ini Jadi ‘Sarang’ Telur Cacing Selepas Makan Ikan Mentah

Seorang penduduk yang malang di China terpaksa mengeluarkan separuh hatinya setelah dipenuhi telur cacing akibat makan ikan mentah. Menurut laporan akhbar dari Hangzhou First People’s Hospital di timur China penduduk Hangzhou yang berusia 55 tahun itu, telah mengalami kehilangan selera makan, keletihan dan sakit perut setelah mengunjungi keluarganya di Sichuan pada bulan Februari lalu. Bagaimanapun, […]

Nor Azilah

Luar Negara

Dalam Masa 11 Hari, Ibu Ini Kehilangan Dua Anak Dipercayai Akibat Positif Covid-19

FLORIDA – Seorang ibu telah mendedahkan bahawa anak lelaki dan anak perempuannya meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19 dalam masa 11 hari. Monete Hicks, dari Lauderdale Lakes, memberitahu NBC Miami bahawa anak lelakinya yang berusia 20 tahun, Byron, adalah orang pertama yang mula mengalami masalah untuk bernafas pada 27 Jun. “Saya datang untuk memeriksanya. Dia berada […]

Nor Azilah

Berita

Tibet Digegar Gempa Bumi Sekuat 6.6 Skala Richter Awal Pagi Tadi

LHASA, 23 Julai — Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat 8 pagi Khamis selepas gempa berkekuatan 6.6 pada skala Richter menggegar Wilayah Autonomi Tibet barat daya China, lapor agensi berita Xinhua. Gempa itu melanda daerah Nyima pada 4.07 pagi, Khamis, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China. Pusat gempa pada 33.19 darjah utara dan 86.81 darjah timur, […]

Nor Azilah

Luar Negara

Presiden Brazil Diuji Positif COVID-19 Buat Kali Ketiga

BRASILIA, 23 Julai — Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, sekali lagi diuji positif COVID-19, memerlukannya kekal berada di bawah pengasingan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pejabat presiden pada Rabu. Ia merupakan ujian positif kali ketiga, yang dilakukan pada Selasa namun, beliau “dalam keadaan baik.” “Presiden Jair Bolsonaro berada dalam keadaan baik, ditemani pasukan perubatan presiden. […]

Nor Azilah

Luar Negara

Budak 3 Tahun Ditemui Maut Dalam Kereta Dipercayai Kerana Kepanasan

LITTLE ROCK – Polis Negeri Arkansas sedang menyiasat setelah seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui mati dan adiknya yang berusia 15 bulan tidak sedarkan diri di dalam kereta kerana kepanasan di Booneville. Polis negeri mengatakan kereta itu diparkir di luar rumah ibu yang berusia 21 tahun pada hari Isnin. Dia memanggil polis sekitar jam […]

Nor Azilah

Luar Negara

Tiada Kenderaan Nak Balik Sebab ‘Lockdown’, Bekas Banduan Ini Berjalan 80km Sampai Rumah

PATNA – Seorang lelaki berjalan sejauh 80km untuk sampai ke rumah setelah dibebaskan dari penjara di negara bagian Jharkhand kerana perkhidmatan pengangkutan tetap ditangguhkan kerana perintah berkurung yang disebabkan oleh koronavirus, dan pihak berkuasa penjara tidak menyediakan pengangkutan alternatif. Parmeshwar Oran, seorang penduduk daerah Latehar di Jharkhand, ditangkap tahun lalu dalam kes yang berkaitan dengan […]

Nor Azilah

Gaya hidup

Foto Kucing Dengan Wajah Sedih Mengintai Dari Bumbung Curi Perhatian Netizen

Sekiranya ada satu perkara yang lebih disukai oleh warganet daripada kucing, ia mestilah kucing dengan ekspresi wajah yang tidak biasa dilihat atau memiliki tanda yang unik. Tular beberapa keping foto kucing mempunyai tanda di wajahnya yang membuatnya kelihatan sedih secara kekal, dan sebenarnya kelihatan sangat comel. Seorang pengguna TikTok dengan nama Simpson Xin adalah orang […]

Nor Azilah

Berita

Kerajaan Dalam Proses Wartakan Pemakaian Pelitup Separuh Muka – Timb. Menteri

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Kerajaan kini dalam proses akhir sebelum mewartakan arahan pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam bagi mengekang penularan COVID-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. Beliau berkata pihak berkuasa sedang berbincang bagi menetapkan tarikh perwartaan itu yang dijangka tidak lama lagi. “Sementara itu, kita galakkan orang ramai memakai […]

Nor Azilah

Gaya hidup

Ibu Bapa Perlu Tahu, Ini 5 Risiko Jika Anak Kecil Gemar Mandi Kolam Mini

Tiada perkara lebih penting buat individu yang bergelar ibu bapa melainkan kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan anak. Disebabkan itu, macam-macam ragam dilakukan oleh mereka dalam usaha melindungi si kecil dari segala bahaya yang menanti. Cuba bayangkan satu situasi ini: anak anda ingin mandi kolam mini namun kalian tidak tahu untuk membenarkan atau melarangnya. ika ia berlaku, […]

Nor Azilah

Berita

Tiada Kes COVID-19 Di Kampung Padang Jambu, Dungun – Pengarah Kesihatan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 22 Julai — Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menafikan satu kenyataan yang tular melalui Facebook sejak semalam kononnya terdapat seorang pesakit COVID-19 di Kampung Padang Jambu di Dungun. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata tiada kes COVID-19 dikesan di kampung berkenaan sebagaimana ditularkan. “Bagaimanapun, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun ada menerima notifikasi bahawa terdapat […]

Nor Azilah