Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean

Tiada Kes COVID-19 Di Kampung Padang Jambu, Dungun – Pengarah Kesihatan Terengganu

Nor Azilah

KUALA TERENGGANU, 22 Julai — Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menafikan satu kenyataan yang tular melalui Facebook sejak semalam kononnya terdapat seorang pesakit COVID-19 di Kampung Padang Jambu di Dungun.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata tiada kes COVID-19 dikesan di kampung berkenaan sebagaimana ditularkan.

“Bagaimanapun, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun ada menerima notifikasi bahawa terdapat seorang remaja perempuan yang mempunyai gejala Influenza Like Illness (ILI) pada Ahad lepas (19 Julai).

“Remaja itu telah diberikan rawatan dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemantauan lanjut. Ujian PCR (polymerase chain reaction) bagi pengesanan COVID-19 telah dijalankan dan hasil keputusan yang diperoleh semalam (21 Julai) adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, jabatan amat menghargai keprihatinan masyarakat dalam mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan COVID-19 di Terengganu.

Dr Nor Azimi berkata semua anggota masyarakat digesa untuk meningkatkan kawalan kendiri serta tidak berasa selesa dan alpa kerana masih terdapat risiko jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

“Namun, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan berita dari sumber yang sahih dan betul sebelum menyebarkannya agar tidak menimbulkan kegusaran dan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berkuat kuasa sehingga 31 Ogos 2020 serta membudayakan amalan seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu mengelakkan kawasan yang sesak, ruang yang sempit serta perbualan rapat.

“Amalkan 3W, iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau cecair pencuci tangan pembasmi kuman, memakai pelitup hidung dan mulut di tempat awam atau jika bergejala serta mematuhi amaran atau peringatan pihak KKM seperti bersalaman dan bersentuhan,” katanya.

Selain itu, amalkan etika batuk atau bersin yang betul, duduk di rumah dan hanya keluar rumah jika mempunyai urusan penting, lakukan aktiviti disinfeksi dan dapatkan rawatan segera jika bergejala, katanya.

Sumber: Bernama