Siakap Keli

Pekerja Warga Asing Ada Permit Kerja Dibenarkan Bekerja Semula – Ismail Sabri

Pekerja-pekerja warga asing di negara ini dibenarkan bekerja semula, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelas Ismail, ia berikutan pelbagai sektor dan industri yang telah dibuka semula ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan.

“Terdapat ramai pekerja warga asing di negara kita yang mempunyai permit kerja, dan apabila sektor tempat mereka bekerja ditutup, mereka tidak bekerja.

“Oleh kerana sektor-sektor industri-industri mula dibuka, jadi mesyuarat memutuskan bahawa apabila sahaja sektor tempat mereka bekerja dan mereka masih berada dalam negara dan mempunyai permit kerja di tempat tersebut, mereka dibenarkan meneruskan pekerjaan mereka,” katanya dalam sidang media perkembangan PKPP, hari ini.

Bagaimanapun, mereka (pekerja asing) perlu menjalani ujian COVID-19 terlebih dahulu sebelum kembali ke tempat kerja.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 8:05.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.