Siakap Keli
Kredit: RTM

Pengusaha Bufet, Kedai Makan Perlu Sedia Pramusaji Atau Sarung Tangan Pakai Buang Untuk Pelanggan- Ismail Sabri

Putrajaya, 16 Julai – Kerajaan memperkenalkan peraturan baru yang perlu dipatuhi pengusaha kedai makan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pengusaha premis makanan perlu mematuhi dua SOP baru.

“Pertamanya, (makanan) mesti disajikan pramusaji untuk mengelakkan penggiliran. Kita tidak mahu senduk dipegang bergilir-gilir oleh ramai orang.

“(Kedua), menyediakan sarung tangan plastik yang nipis (pakai buang). Bukan makna kena sarung tangan yang mahal tu, ini pun cukup. Setiap orang memakai ini untuk mengambil makanan,” katanya.

Tambah beliau, pengusaha yang gagal mematuhi peraturan tersebut bakal berdepan tindakan undang-undang di bawah Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Jadi saya harap restoran, mana-mana coffee house dan mana-mana kantin sekalipun mesti patuh apa yang disaran KKM dan MKN. Ini merupakan SOP yang perlu dipatuhi.

“Dan kalau tidak patuh, seperti saya katakan, peraturan di bawah Akta 342 boleh digunakan. Mereka boleh dikenakan kompaun atau dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.