Siakap Keli

TERKINI: Hanya 3 Kes Baharu & 77 Kes Aktif Covid-19 Sehingga Hari Ini

Sebanyak 3  kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 8,737 kes setakat Khamis (16 Julai 2020), jam 12 tengahari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 77 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.

Daripada 3 kes baharu dilaporkan, satu kes adalah kes import melibatkan warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan diluar negara. Manakala, dua kes merupakan penularan tempatan dan bukan melibatkan warganegara Malaysia.

Kedua-dua penularan tempatan tersebut melibatkan satu kes di Wilayah Persekutuan iaitu saringan di depo tahanan imigresen Jalan Duta, manakala 1 kes saringan di tempat kerja yang dijalankan oleh majikan.

Selain itu, tiga kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 di negara ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 122 kes atau 1.93 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: Sidang Media KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.