Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi Kebanyakan Negeri Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka akan berlaku di beberapa negeri pada petang ini. Menerusi maklumat daripada Met Malaysia, ribut petir dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung dan juga Luar Semenanjung.

Antara kawasan yang dijangka terjejas dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah seperti berikut:

Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak • Pahang (Tanah Tinggi Cameron) • Selangor • WP Kuala Lumpur • WP Putrajaya • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) • Melaka • Johor (Kota Tinggi) • Sarawak: Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga 5:00 petang; Khamis, 16 Julai 2020.

Ekoran jangkaan ribut petir dijangka berlaku sehingga petang ini, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan berhati-hati terutamanya bagi yang pulang kerja menaiki motosikal.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa