Meninggal dunia angkara COVID-19 merupakan antara cara kematian yang menyedihkan. Tiada lagi ciuman terakhir dari ahli keluarga, tiada lagi kunjungan terakhir rakan taulan.
Yang ada hanyalah beberapa orang kakitangan hospital yang ditugaskan menguruskan jenazah untuk pengebumian.
Jenazah pesakit pula diurus mengikut tatacara yang ketat. Mereka dibalut dengan plastik dan dimasukkan ke dalam beg mayat bagi mengelakkan bendalir badan keluar, membolehkan virus menjangkiti individu berdekatan.
Baru-baru ini, seorang jurugambar telah berkongsi gambar seorang pesakit COVID-19 di Indonesia yang telah meninggal dunia.
Menganggap ‘sesi fotografi’ itu sebagai paling menyayat hati dan menyeramkan, Joshua Irwandi berpesan kepada orang ramai akan bahaya koronavirus yang selalu ada. Berikut adalah perkongsiannya.
Mengambil gambar mangsa koronavirus di Indonesia ialah fotografi yang paling menyayat hati dan menakutkan saya pernah buat.
Dalam fikiran saya ketika itu, saya hanya fikir apa yang jadi kepada orang ini mungkin terjadi kepada mereka yang saya sayang.
Saya telah saksikan bagaimana para doktor dan jururawat berterusan merisikokan nyawa mereka untuk menyelamatkan nyawa kita.
Mereka merupakan hero sebenar dalam kisah ini dan satu-satunya cara untuk menghargai kerja mereka ialah dengan mengikut nasihat mereka.
Kita rasakan gambar ini penting untuk dihasilkan bagi memahami dan menghubungkan kesan virus yang menghancurkan ini kepada manusia.
Gambar yang diterbitkan ini sebagai peringatan dan amaran kepada bahaya yang selalu ada bagi mengingatkan kita harga koronavirus dan bagaimana kerajaan dunia membiarkan perkara-perkara ini berlaku.
Ketika kita menuju gelombang kedua pandemik ini, orang ramai mesti sedar mereka tidak boleh mengambil mudah perkara ini.
Sumber: Joshua Irwandi