Siakap Keli

Ratusan Pelajar Protes Di Jalanan Selepas Rakan Sekelas Ditahan Dipercayai Tak Siap Kerja Sekolah

Ratusan pelajar di kawasan Detroit keluar tunjuk perasaan di luar sekolah menengah mereka pada hari Khamis meminta pembebasan rakan sekelas yang berada dalam pusat tahanan juvana kerana dipercayai gagal membuat kerja sekolah semasa pembelajaran dalam talian semester lalu.

Pelajar berusia 15 tahun, mengalami sindrom kurang daya tumpuan kerana mudah terganggu ketika belajar di rumah dan jauh ketinggalan dalam sesi pembelajaran dalam talian,

Seorang Hakim Mahkamah Michigan, Mary Ellen membuat keputusan menghantar pelajar itu ke pusat tahanan juvana pada Mei lalu atas kesalahan tidak membuat kerja sekolah.

Pada petang Khamis, para penunjuk perasaan berkumpul di sekolah di pinggir bandar Beverley Hills sebelum mereka pergi ke Mahkamah Sirkuit Oakland County dan pejabat pendakwa raya sambil memegang kadbod.

Pelajar yang terlibat dengan demonstrasi itu memberitahu prestasi akademik pelajar itu tidak bagus kerana negara ini menghadapi wabak koronavirus.

“Ramai orang ketinggalan pembelajaran pada semester ini, kerana tidak mempunyai motivasi untuk melakukan apa-apa selain para guru tidak mengajar dan mereka perlu belajar secara dalam talian. Saya tahu ramai pelajar yang tidak membuat kerja rumah mereka.” kata Prudence Canter, 18, seorang lulusan sekolah menengah.

“Saya rasa ini adalah ketidakadilan yang besar.” kata Geoff Wickersham,  guru kajian sosial di Grove.

Penceramah meminta penunjuk perasaan untuk mengangkat tangan jika mereka pernah gagal menyerahkan tugas pada suatu ketika dan setiap orang mengangkat tangan mengakuinya.

Eksekutif Oakland County David Coulter menyiarkan kenyataan dalam talian pada Selasa malam, dengan menulis bahawa dia telah bercakap dengan hakim.

“Walaupun ada banyak lagi perincian yang tidak dapat dia bagikan kepada saya dan orang ramai untuk melindungi privasi anak di bawah umur dan keluarga mereka, saya percaya semakan kes ini di mahkamahnya atau semasa proses banding diperlukan,” tulis Coulter.

Wakil Kongres Andy Levin menulis dalam talian bahawa kanak-kanak tidak boleh dikurung kerana tidak melakukan kerja rumah mereka.

“Satu-satunya saksi pendakwaan tidak menyedari ketidakupayaan belajar pelajar. Saksi yang dapat memberikan pemahaman yang lebih baik tentang keadaan itu, seperti guru pelajar, tidak dapat memberi keterangan, ”tulis Levin.

Sumber: scmp.com

Nor Azilah