Perkara yang paling menyeronokkan apabila korang penat-penat balik kerja terus dapat ‘lepak’ dalam bilik yang sangat nyaman dan bersih. Kalau bilik bersih, tekanan di tempat kerja pun hilang, betul kan?
Dengan memikirkan bilik tidur yang sangat cantik, seorang gadis ini mula dekorasi biliknya dari mengecat hinggalah menghias. Sangat puas hati kalau korang juga dapat ikut cara gadis ini mendekorasikan biiliknya. Penggunaan warna yang sangat lembut, sesuai untuk para gadis guna idea ini untuk bilik tidur korang.
Hiasan bilik ini sangat simple but nice. Tambahan pula penggunaan perabot dan barangan hiasan yang murah tidak langsung ‘cacatkan’ bilik tidur yang indah tersebut malah lebih berpuas hati dengan kecantikkannya.
Sekarang mood asyik nak deco bilik je. Tapi tak tahu nak start macam mana dan tak tahu nak beli apa dulu last-last tertangguh. Sampai sekarang tak start lagi deco.
Sekarang mood asyik nak deco bilik je. Tapi taktahu nak start mcm mana & tak tahu nak beli apa dulu 🤯 last-last tertangguh. Sampai skrg tak start lagi deco. Okay Jangan risau… jum baca thread ni 🥰
P/s : khas buat pink lover 😉😋
Btw ni bilik sis sendiri okay 🥰😍❤️ pic.twitter.com/3R3Y2w86g3
— 𝘞𝘢𝘳𝘥𝘢𝘩.𝘡 🕊 (@nrl_wrdh) July 16, 2020
Pink. Ramai suka pink. Tapi tahu tak warna pink ada banyak jenis. Jadi, korang kena study betulbetul pink mana yang sedap mata memandang. Kalau bilik sis ni sis guna cat from MCI PAINT.
Code : Prairie Dust.
Untuk bilik sis, sis campur dengan dua warna iaitu warna putih. Nak nampak unik punya pasal. Jadi, korang kena tampal tape dulu. Tapi ingat! Cabut tape time cat tu separuh kering. Jangan tarik tape time cat tu dah sepenuhnya kering. Jadi tak lawa tau.
2. Perabot
So dah kalau dinding pun pink+putih, perabot pun mestilah kena ikut tema. Jadi, untuk drawer 4 tier ni sis beli dekat shopee. Harga pun lagi murah.
Pasu dan daun Monstera, Frame pink tu beli dekat KAISON. Murah dan cantik sangat.


4. Cermin
Cermin gergasi ni sis pilih warna putih. Besar yakmat cermin ni. Size : 6kaki X 3kaki. Memang puas hatilah nak mirror selfie. Ni sis beli dekat kawan sis
5. Pokok Hiasan
Daun berjuntai dekat cermin. Daun tu sis beli dekat Shoppee jugak. But from oversea. Tak la lama sangat shippingnya. Harga pun murah. Better beli dua tiga eh. Kalau beli satu je agak pendek.
Sis beli dekat shoppe jugak! Murah pun murah dan kain dia sangat-sangat best. By the way, bantal pun sis beli dekat seller ni. Memang worth sangat. Bantal warna maroon tu sis beli dekat AEON. RM19 je tau.
7. Langsir
Langsir ni sis beli dekat Shoppee jugak. Memang lawa sangat!!! Ada lubang bentuk stars okay. Fefeeling princess gituwhh. Dekat Kaison pun ada kalau korang tak nak tunggu lama-lama. Langsir ni memang tebal. Korang boleh tengok cahaya tembus ke tidak.
8. Meja
Meja ni sis beli dekat ikea ( LINNMON & ADILS ). Harga pun murah. Kalau ada duit lebih sikit bolehlah tambah laci ( ALEX ) lagi best. Boleh letak macam-macam.
Brush organizer ( RM65 ) dan makeup organizer ( RM70 ). Yang ni sis ada jual. Memang best. Brush tak berhabuk dan lebih tersusun makeup korang tu.
10. Handbag holder
Handbag Holder bagi sesiapa yang ada banyak bag, topi, jaket yang banyak tu, beli ni pleaseee. Memang worth sangat. Baru tersusun handbag korang semua tu.

11. Rak baju
Yang ni RIGGA & SKUBB dari IKEA. Apa beza RIGGA dengan MULIG yang viral tu? RIGGA ni ada roda dan besi bawah tu lebih sikit so boleh bubuh box and Mulig tak dak roda dan tak boleh bubuh box. So RIGGA mahal sikit je, cantik pun cantik okay!
Other drawer ni sis letak candles dan Room fresh from ambi pur. Sebenarnya drawer ni warna light brown ye. Lepas tu cat warna putih hehehe. Cantik kan???
So tak kisah lah dinding cat warna apa. Perabot mahal ke tidak, yang paling penting bilik korang wajib bersih dan kemas ye. Takkan nak solat dalam bilik yang kotor dan tak terurus. Tolonglah tukar cadar dan sarung bantal every 2 weeks.
12. Karpet
Pilihlah warna karpet yang warna cerah macam ni untuk dinding warna pink. Cantik sangat. Dah la gebu gebas. Murah pulak tu. Sis ada jual okay! Nampak complete bilik korang bila ada karpet ni.
Okay ni gambar time daylight. Korang kena ingat, cahaya luar pun main peranan yang sangat penting. Baru bilik korang nampak fresh. Jadi, korang kena bijak susun furnitures supaya cahaya luar boleh masuk. Jangan la tutup langsir walaupun dah tengah hari buta.. Happy decorating chuollss.
Sumber: Wardah.Z