Siakap Keli

KFC Rusia Rancang Hasilkan ‘Nugget Ayam Masa Depan’, Guna Teknologi Cetakan-bio

Apabila berceita berkaitan restoran makanan segera, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kita pasti burger di McDonald atau ayam goreng rangup di KFC yang digemari oleh semua orang.

Baru-baru ini KFC mengumumkan mereka sedang berusaha untuk menghasilkan nugget ayam buatan makmal pertama tanpa daging di dunia dalam mencapai konsep ‘restoran masa depan’.

KFC berkerjasama dengan syarikat Rusia, 3D Bioprinting Solution untuk ‘mencetak’ nugget ayam dengan menggunakan sel ayam dan sayur-sayuran. ‘Nugget ayam masa depan’ yang tidak menggunakan daging ayam langsung ini berkemungkinan akan menghasilkan rasa dan tekstur yang hampir sama.

Malah KFC juga membocorkan resepi rahsia mereka kepada syarikat tersebut supaya dapat mencapai rasa istimewa yang sama. Menurut pengumuman dari KFC, mereka merupakan satu-satunya syarikat yang menggunakan kaedah ini di pasaran.

Menurut KFC, nugget cetakan-bio ini dihasilkan lebih mesra alam daripada daging ayam yang biasa. Memetik dari Jurnal Sains dan Teknologi Alam Sekitar, teknologi seperti ini akan meminumkan kesan terhadap alam sekitar. Dimana penggunaan tenaga dan pelepasan gas rumah hijau daripada aktiviti pengeluaran daging dapat dikurangkan.

Masih belum ada tarikh yang rasmi bila ‘nugget ayam masa depan’ ini akan dilancarkan. Tetapi KFC mengatakan nugget ini akan tersedia untuk ujian akhir di Rusia semasa musim luruh tahun ini.

Untuk peminat KFC, anda berminat tak nak cuba ‘nugget ayam masa depan’ yang dicetak ni?

Sumber: KFC

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.