Siakap Keli

“Macam Orang Tak Bertamadun…”, Peguam Kongsi Ini Hukuman Paling Sesuai Untuk Pelaku Vandalisme Conteng Mural Hero Negara

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biadab dan menyakitkan hati. Tindakan dua individu disyaki pelaku vandalisme yang merosakkan mural beberapa pemimpin negara pastinya menimbulkan kemarahan orang ramai.

Di kala para pemimpin gigih memerangi COVID-19, ada pelaku tidak bertanggungjawab bertindak menconteng mural tanpa mengenang sedikitpun jasa frontliner negara.

Sebagai respon, seorang peguam bernama Nor Zabetha berkata, pelaku vandalisme boleh dikenakan hukuman penjara atas tindakan tersebut. Berikut adalah perkongsian beliau.

Rakaman video CCTV, video perbuatan vandalisme terhadap lukisan mural bagi menghargai pemimpin negara yang komited menangani wabak Covid-19 telah dikeluarkan.

Kalau ikut susuk tubuh seperti wanita. Bukan main samseng lagi. Saya tidak setuju jika dia hanya dikenakan Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005 seperti yang dilaporkan oleh MBSA dalam laporan sebuah akhbar hari ini.

Alang-alang pelaku hendak tunjuk samseng, seeloknya dihukum dengan hukum lebih samseng lagi. Paling sesuai dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat terhadap harta benda bernilai lebih RM25 ke atas.

Hukumannya adalah penjara tidak kurang 1 tahun dan tidak lebih 5 tahun atau denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Elok bagi dua-dua sekali, supaya jadi pengajaran bagi kaki vandalisme di luar sana, lain kali jangan gatal tangan. Macam orang tak ada tamadun. Kalau rumah saya, orang datang spray cat dihadapan menulis perkataan mencarut begitu pun saya sakit hati.

Hendak menghasilkan mural tersebut bukan seringgit dua. Kos warna, masa, upah pelukis mengikut jam. Maka nilainya pasti lebih RM25.00. Merosak lukisan begitukan perbuatan khianat.

Kan sudah sesuai dengan elemen di bawah Seksyen 427? Kalau disabitkan kesalahan di bawah Undang-undang kecil, berapa sangatlah hukumannya. Selalunya seribu dua sahaja. Bila hendak belajar?

Jangan kasi muka.

Teringat kata-kata John F. Kennedy, “Jangan ditanya apa sumbangan negara kepada anda, tetapi tanyalah apa sumbangan anda kepada negara.”

Sekurang-kurangnya jika tiada sumbangan untuk negara, jadilah manusia yang berguna untuk diri sendiri.

Sumber: Nor Zabetha

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.