Siakap Keli

TERKINI: Satu Kluster Baru COVID-19 Libatkan Pusat Jagaan Warga Emas Dikesan -KKM

Putrajaya, 20 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat kluster baru COVID-19 melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor.

Menurut KKM, kes pertama kluster ini merupakan pesakit yang meninggal dunia semalam iaitu pada 19 Julai 2020.

“Kes pertama kluster ini merupakan kes kematian COVID-19 yang telah dilaporkan pada 19 Julai 2020 (iaitu kes ke-8770), di mana ujian saringan COVID-19 didapati positif. Susulan itu, siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) telah dijalankan.

“Sehingga 20 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 39 orang telah disaring, iaitu terdiri daripada 14 kes positif COVID-19, 18 adalah negatif.

“Tujuh masih menunggu keputusan,” tulis KKM dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah KKM, 13 daripada 14 kes positif adalah warganegara Malaysia manakala satu warga Indonesia.

“Kes positif kluster ini melibatkan 11 warga emas (iaitu penghuni rumah jagaan tersebut), satu pekerja dan satu ahli keluarga.”

Proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di pusat penjagaan tersebut. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

Sumber: KP Kesihatan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.