Siakap Keli

Tular Poster Perutusan Khas PKPP Oleh Perdana Menteri Di Media Sosial, KKMM Sahkan Itu Berita Palsu

Sejak tadi, berlegara-legar di media sosial satu poster yang menyatakan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas PKPP pada hari ini jam 3 petang. Namun, menerusi Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia mengesahkan itu adalah berita palsu.

Pemakluman bahawa YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pada hari Isnin, 20 Julai 2020 pada pukul 3.00 petang melalui TV3, nt7, 8TV dan TV9 seperti yang sedang tular di media sosial adalah palsu. Hal ini telah disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri atau PMO di laman rasmi Facebook Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.

[PEMAKLUMAN BERITA PALSU]

(20 JULAI 2020, 10.00 Pagi)

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:

(Kemaskini) Kiriman terbaru kami terima menerusi laman Twitter Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perutusan Khas Perkembangan Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan akan diadakan hari ini 20 Julai 2020 pada jam 4 petang. Anda boleh menonton Perutusan Khas ini siaran langsung di RTM, Bernama, TV3 dan Astro Awani.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin

Nor Azilah