Siakap Keli
Dakwa Ada Maklumat Kes Simbah
Kredit: Bernama

Polis Siasat, Kenal Pasti Siapa Pemilik Akaun Media Sosial “Muhammad Imran Suresh”

Polis Siasat, Kenal Pasti Siapa Pemilik Akaun Media Sosial “Muhammad Imran Suresh”

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti siapa pemilik kepada akaun media sosial ”Muhammad Imran Suresh” berkaitan kenyataan yang dikeluarkan tentang kes simbah asid terhadap Faisal Halim, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu terbabit sebelum ini mendakwa memiliki maklumat melibatkan kejadian yang berlaku ke atas Faisal.

“Jadi, kita mahu kesan dia untuk melihat maklumat apa yang dia ada boleh membantu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil kepada polis, bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya dalam laporan Sinar Harian.

Ujarnya lagi, pihaknya juga masih menjalankan siasatan lanjut dari pelbagai sudut  terhadap suspek yang ditahan dan direman semalam.

Razarudin pada masa yang sama juga mengingatkan orang ramai tidak membuat membuat sebarang spekulasi yang tidak betul yang boleh menjejaskan siasatan PDRM.

Individu dikenali sebagai Muhammad Imran Suresh telah dipanggil polis

Sejak Selasa lalu, pemilik laman sosial Instagram itu mendakwa telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes melibatkan Faisal.

Dalam kenyataannya, individu turut mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut daripada mendedahkan kejadian sebenar yang menimpa pemain berkenaan.

Terdahulu, Faisal mengalami kelecuran tahan empat selepas disimbah asid oleh dua individu bermotosikal di sebuah pusat beli-belah pada Ahad lepas.

Pihak polis kemudian dilaporkan berjaya menahan dua lelaki secara berasingan di Pandan Indah, Ampang dan Bangi pada Ahad serta Isnin lalu.

BACA: Faisal Halim Dah Mula Makan, Cuba Buat Latihan Ringan

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.