Siakap Keli

Semangat Tour de France Melanda Melaka: Pelumba Berbasikal Raikan Perlumbaan Terkemuka L’Étape Melaka

Semangat Tour de France Melanda Melaka: Pelumba berbasikal raikan perlumbaan terkemuka L’Étape Melaka

Melaka, Malaysia – 5 Mei 2024 – Peminat berbasikal dari seluruh rantau Asia bakal berkumpul di bandar bersejarah Melaka hari ini untuk penampilan sulung perlumbaan L’Étape Melaka yang dibawakan oleh Tour de France. Perlumbaan bagi tahun ketiga berturut-turut di Malaysia dengan menampilkan lokasi baharu dijangka berlangsung penuh prestij.

Dikenali sebagai ‘Perlumbaan Berbasikal Amatur Terhebat di Dunia’, L’Étape oleh Tour de France menawarkan peluang kepada pelumba berbasikal untuk menguji had kemampuan mereka dan meningkatkan motivasi antara satu sama lain berlandaskan semangat perlumbaan terulung Tour de France.

Bermula dari The Sail Melaka, pelumba memulakan kayuhan dengan pemandangan indah yang menggabungkan aktiviti berbasikal dan penerokaan sejarah. L’Étape Melaka 2024 bukan sekadar acara berbasikal; ia adalah satu pengenalan budaya yang menggambarkan warisan bernilai Melaka. Berkonsepkan pelancongan sukan, ia secara konsisten menarik ramai peserta setiap tahun.

l'Étape melaka
Dari kiri ke kanan 1. En Riduwan Matni, CEO of Muse Group Asia, Co-Organiser of L’Etape Melaka by Tour de France 2. Representative from Jabatan Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) 3. En. Nasaruddin Ahmad, General Post Office Postman, Pos Malaysia Melaka 4. YB Tuan P. Shanmugam A/L Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) 5. En Osman Shah bin Mansor, Stage General Manager Melaka & Negeri Sembilan, Pos Malaysia 6. Jason Yap, CEO of Element X Strategies Sdn Bhd, Co-Organiser of L’Etape Melaka by Tour de France

L’Étape Melaka yang julung kali diadakan oleh Tour de France menyaksikan kehadiran yang luar biasa, menarik lebih 3,350 peserta termasuk 90% daripada pelumba antarabangsa dan domestik membabitkan lebih 47 negara. Penyertaan ini bukan sahaja mencerminkan peningkatan populariti berbasikal di Asia tetapi juga memupuk semangat setiakawan dalam kalangan pelumba basikal daripada pelbagai latar belakang.

Peminat berbasikal berpeluang merasai keghairahan Tour de France dengan pilihan laluan sejauh 140km dan 70km. Semua laluan ini telah diluluskan oleh pakar Tour de France untuk memberikan cabaran yang menarik kepada pelumba berbasikal baharu dan berpengalaman semasa merentasi landskap Melaka.

Keselamatan kekal menjadi keutamaan, dengan jalan yang ditutup sepenuhnya, zon makanan dan air yang diletakkan dengan baik, sokongan mekanikal, dan bantuan perubatan tindak balas pantas memastikan persekitaran yang selamat untuk semua pelumba. Sanksi yang diberikan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia menekankan komitmennya terhadap keselamatan dan kelancaran perlumbaan.

l'Étape melaka
Peserta L’Etape Melaka Specialized Elite Wave berada di garisan mula membuat persediaan untuk permulaan

L’Étape Melaka yang julung kali diadakan oleh Tour de France menyaksikan penyertaan yang luar buasa, dengan lebih 3,300 pelumba bakal mengambil bahagian dalam perlumbaan itu dari lebih 46 negara, mencerminkan minat yang semakin meningkat dalam sukan berbasikal di seluruh Asia, sambil memupuk rasa setiakawan dalam kalangan pelumba dari pelbagai latar belakang.

Terletak di tengah-tengah Malaysia, Melaka menyediakan latar belakang yang sempurna untuk pengalaman budaya mengasyikkan ini. Ketika pelumba berbasikal melepasi garisan penamat, mereka bukan sahaja meraikan pencapaian fizikal tetapi juga merasai kekayaan warisan Melaka, menjadikan kenangan yang akan kekal seumur hidup.

Antara tumpuan utama L’Étape Melaka termasuk penganjuran pelbagai aktiviti berkonsepkan festival bertujuan untuk membentuk interaksi pelumba ketika di luar perlumbaan, ia termasuklah acara cabutan bertuah dengan hadiah bernilai lebih RM100,000 akan diberikan, termasuk basikal Roubaix SL8 Khas bernilai RM27,000. Aktiviti-aktiviti lain termasuklah paparan peristiwa menarik oleh Tour de France, pertandingan pushbike, gerai aktiviti oleh penaja dan banyak lagi.

“Kami sangat teruja untuk membawa L’Étape oleh Tour de France ke Melaka buat kali pertama dan bersempena Tahun Melawat Melaka 2024,” kata Riduwan Matni, Ketua Pegawai Eksekutif Muse Group Asia, penganjur bersama acara itu. “Keghairahan yang ditunjukkan oleh pelumba dan penonton adalah bukti komuniti berbasikal semakin berkembang di Asia, dan kami berharap untuk meluaskan lagi perlumbaan itu pada tahun-tahun akan datang.”

Antara acara kemuncak acara itu ialah 140km Specialized Elite Wave, yang menampilkan majlis podium eksklusif untuk para pemenang, menambah status prestij tambahan pada majlis itu. Juara lelaki dan wanita bakal berkongsi pengalaman perlumbaan mereka, mengimbau cabaran yang mereka hadapi dan keseronokan melepasi garisan penamat.

Bekas pelumba berbasikal profesional Mohd Hafidz Abd Halim, berentap dengan juara bertahan, Matthew Brittain, melonjak ke hadapan untuk merangkul kejuaraan kategori 140km Specialized Elit Lelaki berkata, “Ia adalah kemenangan yang tidak dijangka, dan ia benar-benar hari bertuah saya. Saya memperjudikan nasib, memberikan segalanya, memecut ke garisan penamat.

Ada ketikanya saya hampir berputus asa tetapi melihat peluang untuk mendapatkan tempat kedua (pilihan selamat), saya bertahan sehingga kilometer terakhir, memberikan segalanya dalam pecutan terakhir itu. Laluan itu tidak dapat dinafikan sukar, dipenuhi dengan kawasan berbukit yang mencabar. Walaupun persiapan sederhana, nasib menyebelahi saya, dan saya berjaya bertahan untuk meraih kemenangan.”

l'Étape melaka

Berasal dari Afrika Selatan dan kini menetap di Singapura, Alicia Brittain, juara bertahan bagi kategori 140km Specialized Elit Wanita, hadir dengan penuh semangat sambil berkongsi pengalamannya. “Saya berasa sangat gembira. Setiap perlumbaan, anda bermula dari sifar dan anda tidak mempunyai sebarang jangkaan. Saya sangat gembira kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang. Ia adalah perlumbaan yang selamat, dan saya dapat bersaing dan memenangi saingan ini.

Kami mengharungi cuaca yang sangat baik hari ini. Hujan reda sejak semalam, jadi kami beraksi dalam suhu yang baik. Laluan itu benar-benar lancar dan menyeronokkan; kami merasai pengalaman menuruni bukit yang laju, dan kualiti jalannya bagus. Penutupan jalan benar-benar membantu, dan kami dibantu dengan kehadiran marsyal yang ramai dan sentiasa membantu menunjukkan arah, secara keseluruhannya, anda tidak boleh tersilap.

Ia begitu mudah untuk beraksi, asalkan anda bergerak dengan cukup pantas,” kata Alicia Brittain sambil tersengih, serta menunjukkan kemesraan dalam kalangan pelumba lain.

Selain pengalaman perlumbaan yang tidak dapat dilupakan, peserta berpeluang memenangi hadiah eksklusif, termasuk basikal Roubaix SL8 bernilai RM 27,000 dalam cabutan bertuah.

L’Étape Melaka oleh Tour de France tidak akan dapat berlangsung dengan sempurna tanpa sokongan penaja dan rakan kongsinya, termasuk Sheng Tai dan The Sail, Specialized, MyCEB, KBS, ChekHup, Zoot, Amino Vital, Prince Court, Birkin International Hotel, POS Malaysia, Grupetto, Propain, Shimano, Cyclomotion, Checkpoint Spot, Cowa, dan Element X dan Muse Group, yang bersama-sama menganjurkan acara tersebut.

Ketika tirai ditutup pada L’Étape Melaka oleh Tour de France 2024, pelumba dan penonton bakal membawa pulang kenangan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui keindahan tempat bersejarah di Melaka, selain tidak sabar menantikan edisi seterusnya bagi perlumbaan ikonik ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai laluan perlumbaan, idea penginapan serta lain Soalan-soalan Lazim, sila layari https://melaka.letapebytourdefrance.com / www.facebook.com/letapemalaysia / www.instagram.com/letapemalaysia  /  www.tiktok.com/@letapemalaysia

Nurul Naqiyah