Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai "Enjoy" F1 Di Sepang, Perlumbaan Raih Rating Tertinggi Di BoxBoxd

F1 Di Sepang
Kredit: Bernama

Siapa sangka, selepas sembilan tahun menyepi daripada kalendar Formula 1 (F1), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akhirnya kembali menjadi tumpuan dunia apabila perlumbaan berprestij itu kembali berlangsung di Malaysia.

Walaupun perlumbaan yang berlangsung pada 4 Oktober lalu merupakan Grand Prix Bahrain, kehadiran semula jentera F1 di Sepang sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat yang sudah lama menantikan aksi di litar bersejarah itu.

Meskipun lebih dua minggu berlalu sejak perlumbaan tersebut berakhir, kehangatan aksi F1 di Sepang nampaknya masih belum reda.

Terbaharu, platform penilaian dan ulasan perlumbaan F1, BoxBoxd, berkongsi senarai kedudukan 17 perlumbaan Grand Prix musim 2026 berdasarkan 27,499 penilaian dan 21,687 ulasan daripada pengguna platform tersebut.

Menariknya, perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menduduki tempat pertama dengan purata penilaian 3.68 daripada 5 mata, diikuti Barcelona (3.52) dan Red Bull Ring (3.41).

Sementara itu, Monza di Itali berada di kedudukan keempat dengan 3.35 mata, diikuti Shanghai, China (3.34), Miami, Amerika Syarikat (3.33) dan Suzuka, Jepun (3.33).

Silverstone di United Kingdom pula menduduki tempat kelapan dengan 3.23 mata, disusuli Melbourne, Australia (3.21), Montreal, Kanada (3.21) dan Baku, Azerbaijan (3.20).

Singapura yang menganjurkan perlumbaan di Litar Marina Bay pula berada di kedudukan ke-12 dengan purata penilaian 2.95 daripada 5 mata.

Intipati
  • BoxBoxd berkongsi ranking 17 perlumbaan Grand Prix musim 2026 berdasarkan penilaian pengguna.
  • Perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang menduduki tempat pertama dengan purata 3.68 mata.
  • Barcelona berada di kedudukan kedua, diikuti Red Bull Ring, Monza, Shanghai dan Miami.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan