Siakap Keli
Gambar: Syaril Said

(Video) Tular Rakaman CCTV Dipercayai Rakam Pelaku Vandalisme Conteng Mural ‘Hero’ Negara

Tular satu video kamera litar tertutup (CCTV) dimedia sosial dipercayai merakam pelaku vandalisme yang menconteng lukisan mural di U21, Shah Alam.

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Syaril Said ini, kelibat dipercayai pelaku yang kelihatan adalah seperti wanita.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang dimuat naik bersama dengan rakaman video berkenaan.

Pagi tadi, negara dikejutkan dengan beberapa gambar mural hero negara itu yang diconteng dan menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia.

Insiden berkenaan turut menarik perhatian Sultan Selangor yang murka dan menganggap perbuatan berkenaan sebagai biadap.

Gambar: Syaril Said

Sumber: Syaril Said

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.