Siakap Keli

Mungkin Anda Tak Tahu, Ini 5 Tips Nak Selamatkan Kereta Selepas Tragedi Banjir

Sejak kebelakangan ini, Malaysia mengalami cuaca lembap dan akan berterusan hingga hujung bulan Julai ini. Apa yang merisaukan semua adalah takut untuk redah hujan lebat semasa memandu kenderaan, tambah-tambah lagi jika menggunakan kereta.

Boleh dikatakan macam-macam perkara akan berlaku, terutamanya bila terpaksa meredah hujan dan air banjir. Pernah tak terlintas difikiran korang jika kereta korang terperangkap dalam banjir, apa yang korang akan buat? Mesti gelabah kan, ye lah tetiba kereta terhenti di tengah jalan.

Jadi, hari ini SK ingin berkongsi tips menarik daripada Carput kepada pengguna kereta untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika meredah hujan lebat dan banjir.

Ok memandangkan ramai yang nak tahu, min mulakan bebenang.

1.  Jangan Sesekali Cuba Hidupkan Kereta

Tow kereta terus ke bengkel / pusat servis. Bila korang cuba start kereta, lagi tinggi potensi untuk berlaku litar pintas.

2. Check Paras Minyak Enjin & Gearbox

Check dipstick minyak kereta. Kalau tinggi melebih lebih tu, besar kemungkinan air dah masuk dalam enjin lah tu. Pastikan buat flushing dan ganti minyak baru. Air bercampur dengan minyak hitam/gearbox boleh rosakkan komponen.

3. Flush Petrol (Jika Perlu)

Tangki minyak kereta kedudukannya agak rendah. Meskipun kebarangkalian untuk air banjir termasuk dalam tangki tu rendah, Tapi min suggest check dengan bengkel / pusat servis sama ada perlu untuk flush dan isi minyak baru.

4. Cabut & Keringkan Komponen Kereta

Komponen elektronik kereta macam Radio, HUD display, infotainment etc perlu dicabut dan dikeringkan. Senang kata semua yg boleh cabut, kena cabut keringkan.

5. Keluarkan Air Daripada Enjin

Yang ini bergantung pada kenderaan. Ada yang boleh dipam keluar dengan cabut spark plug sambil enjin running. Dapatkan nasihat bengkel / pusat servis.

Itu sahaja 5 tips untuk selamatkan kereta yang dilanda banjir. Korang mungkin tak dapat selamatkan kereta korang untuk kembali 100% kepada keadaan sebelum banjir. Tapi at least, kerosakan yang terjadi tak adalah besar.

Lebih-lebih lagi dengan kereta yang moden. Penuh dengan sensor satu kereta. Lagi besar kemungkinan kerosakan akibat banjir. Tapi next time, Andai kata kawasan perumahan korang tu jenis kawasan banji, dekat dengan sungai, Better renew insurans amik sekali coverage bencana alam untuk cover kerosakan macamni.

Carput doakan semua yang terlibat, Dipermudahkan segala urusan. Dengan musim-musim Covid ni lagi, memang menduga.

Sumber: Carput

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang