Siakap Keli

TERKINI: Individu Baru Tiba Dari Luar Negara Akan Dikuarantin Di Pusat Kuarantin Bermula Jumaat Ini

Bermula Jumaat, rakyat Malaysia yang pulang dan warga asing yang memasuki negara akan ditempatkan di tempat kuarantin wajib Covid-19 seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, susulan itu tiada lagi kuarantin wajib di rumah bagi memastikan semua mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

”Oleh itu, Mensyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai perlaksanaan PKP telah membuat keputusan iaitu bermula daripada hari Jumaat ini iaitu 24 Julai 2020, semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara termasuk warga asing yang dibenarkan iaitu empat kategori yang dibenarkan bila sampai sahaja ke tanah air mereka akan dikuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan, tiada lagi kuarantin wajib di rumah tetapi di pusat kuarantin wajib seperti kita laksanakan sebelum PKPP dulu,” kata beliau.

Jelas beliau, susulan keputusan ini rakyat malaysia yang pulang ke tanah air juga tidak perlu melaksananakan ujian swab kerana mereka secara automatik akan dikuarantin secara wajib.

Namun, bagi warga asing, mereka wajib melaksanakan ujian swab sebelum datang ke Malaysia.

Sumber: Sidang Media Ismail Sabri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.