Siakap Keli

Anak Beranak Selamat Selepas 4 Hari Terperangkap Di Dalam Lif Dengan Minum Air Kencing

Seorang wanita dari China berusia 82 tahun dan anak perempuannya yang berusia 64 tahun selamat selepas terperangkap di dalam lif yang rosak selama 4 hari dengan mengumpul dan minum air kencing masing-masing.

Menurut media China, anak beranak itu menggunakan lif yang berada di dalam bangunan kediaman mereka. Namun semasa naik ke aras kediaman mereka, lif rosak secara tiba-tiba.

Tanpa mempunyai apa-apa peralatan dan tidak membawa telefon bimbit semasa kejadian, mereka tidak berupaya mendapatkan pertolongan dari luar.

Dengan keadaan ruang yang sempit dan kekurangan udara yang segar, anak perempuan wanita tersebut berjaya membuka sedikit pintu lif dengan menggunakan wayar besi yang di tarik dari lampu lif.

“Mereka bergilir untuk menghirup udara segar dari celahan pintu tersebut” menurut doktor yang merawat mereka

Untuk mengelakkan diri mereka daripada terhidrasi dan bertahan tanpa makanan, salah seorang dari mereka akan menadah dan minum air kencing.

Kisah mereka ini tular di China selepas anak perempuan wanita tersebut berjaya keluar daripada lif dengan membuka celahan pintu menggunakan tangan pada hari yang keempat.

Ibunya kemudian diselamatkan oleh pihak bomba China dan dikejarkan terus ke Hospital Xian.

Menurut doktor yang merawat anak beranak tersebut, mereka tidak akan terselamat tanpa minum air kencing masing-masing.

“Air merupakan antara kandungan yang ada dalam air kencing. Walaupun mempunyai beberapa racun, ia masih dapat digunakan untuk bertahan buat sementara waktu.” tambahnya.

Warga emas tersebut dan anaknya sudah dikeluarkan dari hospital dan kesihatan mereka kembali pulih seperti biasa.

Sumber: Daily Mail

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.