Membina mahligai rumah tangga memerlukan kesabaran yang tinggi kerana di dalamnya tidak semestinya hanya dipenuhi dengan perkara yang indah-indah sahaja.
Segalanya bergantung kepada bagaimana setiap pasangan menangani masalah dan cuba untuk memahami di antara satu sama lain.
Terkadang, sesetengah pasangan suami isteri tidak menyedari bahawa mereka sering mengguriskan hati pasangan sehingga akhirnya boleh mencetuskan perbalahan yang besar.
Seperti kisah yang dikongsikan di halaman Kisah Rumah Tangga berkaitan dengan seorang isteri yang sering terasa dengan cara suaminya yang tidak menghargai masakannya.
Ada satu perkara yang sering menjadikan saya merasa isteri yang tidak berguna
Hai saya nak berkongsi cerita saya dan ingin minta pendapat. Suami saya sangat baik orang nya. sangat bertanggungjawab dan dikatakan agak romantis. Hal kerja rumah tangga pun turut dibantu dan dibuatnya. Hal agama dan hubungan sesama semua orang turut baik. Tidak ada apa2 yang kurang apa lagi jika hendak di kritik.. Walaupun begitu, ada satu perkara yang sering menjadikan saya merasa isteri yang tidak berguna atau “useless”. iaitu hal ketika di dapur sewaktu hendak makan.
Saya tidaklah begitu hebat atau pandai dalam bidang masakan. kerana saya juga sedang proses belajar memasak. walaupun saya tidak handal memasak, namun saya tidak pernah tidak menyediakan makanan untuknya. dari sesimple2 hidangan hingga ke lauk kegemarannya. Setiap kali saya sedang memasak atau ketika sudah hendak makan, baru mahu masuk sesuap makanan ke dalam mulut dia selalu kritik itu ini masakan saya. rasanya perlu begitu
Dia mahu makan cara masakan sama seperti masakan ibunya sahaja