Siakap Keli

Rakaman Papar Kucing Diseret Beberapa Meter Timbulkan Kemarahan Ramai

Perbuatan menganiayai haiwan adalah salah satu tindakan yang dilihat sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Menerusi satu perkongsian di halaman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, seekor kucing telah dirakamkan diseret oleh seorang lelaki sambil menaiki basikal.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, kejadian yang dipercayai berlaku di Jeti Sungai Udang, Perak telah berjaya dirakam oleh seorang penumpang kenderaan yang sedang melalui kawasan terbabit.

Video yang berdurasi selama 17 saat itu memaparkan tindakan seorang individu yang tidak bertanggungjawab menyeret seekor kucing sambil menaiki basikalnya.

Tiada maklumat lanjut berkenaan keadaan kucing tersebut.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, satu laporan polis telah pun dibuat oleh saksi berkenaan tindakan kejam individu tersebut.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial dan sehingga kini, ianya telah ditonton sebanyak 12 ribu kali oleh warganet.

Rata-rata warganet yang menonton video berkenaan menzahirkan perasaan marah atas tindakan individu terbabit.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia 

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa