Siakap Keli
Gambar Via Online First Aid

Undian KKM: 95% Setuju Jika Kerajaan Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam

Malaysia pada ketika ini masih lagi menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun keadaan semasa memperlihatkan bilangan kes Covid-19 menimbulkan kebimbangan ramai.

Manakan tidak, kes baharu jangkitan Covid-19 menyaksikan bilangan dua angka selama tiga hari berturut-turut.

Susulan daripada itu juga, kerajaan pada ketika ini sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Disebabkan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi akaun Twitter KKMPutrajaya mengadakan satu kaji selidik untuk melihat sama ada pengguna-pengguna Twitter bersetuju atau tidak jika kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Hasil kaji selidik mendapati bahawa 95% bersetuju jika kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Sebelum diwajibkan (jika ada), KKM amat mengalakkan kita memakainya terutama di tempat ramai orang kerana mampu mengurangkan sehingga 70% risiko jangkitan #COVID19.

Sehingga artikel ini ditulis, terdapat sebanyak 76,306 ribu undian yang telah dibuat menerusi laman Twitter berkenaan. Walau bagaimanapun, terdapat 4.8% yang tidak bersetuju berkenaan perkara tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet sememangnya berharap agar pemakaian pelitup muka diwajibkan dengan segera namun juga berharap agar harga pelitup muka tersebut dikawal dan tidak dijual dengan mahal.

Sumber:KKMPutrajaya

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa