Siakap Keli
Mohd Fadhli

“Disiplin Tinggi Gila,” Lelaki Terpegun Lihat Selipar Tersusun Rapi Mengikut Jarak Semasa Solat Jumaat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang diketahui, Malaysia ketika ini masih lagi menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan pelbagai kelonggaran termasuk untuk menunaikan solat berjemaah serta solat jumaat di masjid.

Pun begitu, prosedur operasi standard tetap perlu diikuti agar Covid-19 tidak terus merebak.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Mohd Fadhli di laman Facebook sebentar tadi, beliau berkongsi mengenai pengalaman solat jumaat di Masjid Putrajaya dengan situasi pelaksanaan prosedur operasi standard.

Menurutnya, dia teruja apabila melihat selipar yang tersusun, malah lebih mengagumkan apabila selipar tersebut disusun oleh petugas wanita.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini:

Kali pertama solat jumaat di Masjid Putrajaya. Sangat mengujakan dan terpana apabila melihat SOP yang dilaksanakan. Biasalah ambil suhu dan sanitasi tangan. Itu biasa.

Saya melangkah masuk ke masjid. Sampai sahaja tempat letak selipar, saya terkesima. Fuyoo, cantik betul mereka susun selipar. Disiplin tinggi gila !

Gambar: Mohd Fadhli

Tiba-tiba mata ini terpaut dan terpikat dengan beberapa orang wanita yang mengendalikan pengurusan susunan kasut dan selipar. Bukan hanya petugas lelaki sahaja yang bertugas. Malah Masjid Putra mengguna tenaga petugas wanita.

Apa yang wanita lakukan ? Uruskan susun atur selipar dan kasut agar dapat menepati garis panduan SOP. Jika kenal petugas wanita ini, taggedkan. Tahniah kerana menjadi inspirasi kepada wanita lain.

Gambar:Mohd Fadhli

Yup, petugas wanita ini memastikan semuanya teratur. Memudahkan jemaah jumaat setelah selesai tidak berebut kasut dan selipar.

Gambar: Mohd Fadhli

Perghh..memang terbaik.

Mungkin Masjid-masjid lain boleh menggunakan kaedah ini. Libatkan kaum wanita agar kelancaran solat jumaat dapat dijalankan mengikut garis panduan SOP.

Gambar:Mphd Fadhli

Betullah orang cakap. Disebalik gagahnya seorang lelaki, belakangnya adalah wanita yang sanggup memperkuatkan diri.

#mfo

Sumber: Mohd Fadhli

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa