Siakap Keli

Hati Lelaki Ini Jadi ‘Sarang’ Telur Cacing Selepas Makan Ikan Mentah

Seorang penduduk yang malang di China terpaksa mengeluarkan separuh hatinya setelah dipenuhi telur cacing akibat makan ikan mentah.

Menurut laporan akhbar dari Hangzhou First People’s Hospital di timur China penduduk Hangzhou yang berusia 55 tahun itu, telah mengalami kehilangan selera makan, keletihan dan sakit perut setelah mengunjungi keluarganya di Sichuan pada bulan Februari lalu.

Bagaimanapun, lelaki berusia 55 tahun itu tidak mendapatkan rawatan perubatan kerana menganggap dia mungkin mengalami kemurungan.

Xie akhirnya membuat keputusan untuk ke hospital empat bulan kemudian, setelah menderita menggigil dan demam panas selama tiga hari. Doktor yang membuat pemeriksaan X-ray itu turut terkejut apabila mendapati hati pesakitnya itu dipenuhi dengan nanah sepanjang 19 sentimeter.

Pakar bedah pada mulanya berusaha menguras benjolan invasif seperti kista, tetapi memutuskan untuk mengeluarkan separuh hati lelaki itu kerana berlakunya jangkitan.

Pemeriksaan perubatan seterusnya menemui telur berbentuk bulat dan berkulit lembut dalam hati lelaki Cina itu di Hospital Pertama Penduduk Hangzhou, timur China.

Doktor-doktor kemudian menyatakan telur itu berada di dalam hatinya kerana dia memakan ikan mentah di Sichuan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan berasa sihat selepas pakar-pakar perubatan berjaya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan telur tersebut.

Ini bukan pertama kalinya santapan makan mengubah badan seseorang menjadi taman permainan parasit. Awal bulan ini, seorang wanita Tokyo berusia 25 tahun memiliki cacing sepanjang 1,5 inci yang ditarik dari amandelnya setelah dia memakan sushi.

Sumber: New York Post

Nor Azilah