Siakap Keli

Perincian 21 Kes Baru COVID-19 Termasuk 16 Kes Penularan Tempatan

PUTRAJAYA, 24 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 21 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Daripada angka tersebut, lima (5) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia atau dibenarkan masuk di atas urusan kerja.

“Lima (5) kes import tersebut adalah dari Singapura (1 kes), Australia (1 kes), Filipina (1 kes), Pakistan (1 kes) dan Qatar (1 kes).

“Daripada 16 kes penularan di dalam negara, 13 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala tiga (3) kes adalah di kalangan bukan warganegara,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Bagi kes jangkitan dalam negara dalam kalangan warga asing (3 kes), satu (1) kes dikesan daripada Kluster Warga Emas Kluang dan dua (2) kes daripada kluster baharu.

Manakala bagi kes penularan COVID-19 dalam negara melibatkan warganegara, dua (2) kes di Kuala Lumpur dari Kluster PUI Ramnad, iaitu kluster baharu.

“Satu (1) kes di Selangor, dikesan daripada Kluster PUI Al Khobar (kluster baharu), satu (1) kes di Johor, daripada Kluster Warga Emas Kluang.

“Selain itu, satu (1) kes di Pahang, iaitu kluster baharu dan selebihnya lapan (8) kes adalah daripada Kluster Sentosa di Sarawak,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: KP Kesihatan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'