Siakap Keli

Korea Utara Lapor Ada Individu Bergejala Koronavirus, “Lockdown” Akan Dilaksana Jika Sah Positif

Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mengambil langkah berjaga-jaga untuk melakukan perintah berkurung di bandar Kaesong sekiranya kes pertama Covid-19 disahkan.

Kerajaan Korea utara mengatakan bahawa bandar Kaesong perlu mematuhi perintah berkurung kerana ia berada di sempadan antara Korea Utara dan Selatan.

Menurut Agensi Berita Pusat Korea Utara mengatakan bahawa negara tersebut sedang mengambil langkah berjaga-jaga selepas mendapat tahu bahawa individu yang pulang dari Korea Selatan secara haram disyaki mengalami gejala wabak Covid-19 ini.

Difahamkan, individu tersebut telah keluar ke Korea Selatan sejak beberapa tahun lalu sebelum pulang ke Korea Utara melalui sempadan di Bandar Kaesong secara haram awal Julai lalu.

Sekiranya pesakit tersebut disahkan positif Covid-19, dia akan menjadi kes pertama di negara terbabit.

 

Sumber: SCMP

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang