Siakap Keli
Kredit: Google

“Ketagih Nak Lagi Dan Lagi”, Netizen Kongsi Kisah ‘Gelap’ Rakan Sendiri, Pesan Gadis-gadis Jangan Sesekali Cuba Seks Sebelum Nikah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dunia peralihan dari alam remaja ke dewasa amat mencabar sama ada dari segi kewangan, jati diri dan percintaan.

Ketika lingkungan usia inilah ramai yang tewas dalam tipu daya dunia dengan terjebak ke kancah kerosakan. Buktinya, lihatlah betapa banyak kes melibatkan gejala sosial melibatkan golongan muda remaja seperti penagihan dadah dan pembuangan bayi memenuhi dada akhbar.

Mungkin ramai yang menyesali perbuatan mereka namun sayangnya, proses meninggalkan dunia gelap itu bukanlah semudah bicara.

Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi kisah rakannya yang mengalami ketagihan seks gara-gara terlanjur melakukan hubungan sebelum pernikahan. Katanya, rakannya mula terjebak dalam aktiviti tersebut setelah diajak bekas teman lelakinya suatu ketika dahulu.

Gara-gara ketagih, gadis itu kemudiannya semakin terbiasa melakukan kegiatan berkenaan dengan pasangan berbeza.

Berikut adalah perkongsian Esahh mengenai rakannya di Twitter.

Lelaki, kalau betul sayang dan nak buat isteri, jangan ajar bukan-bukan

Pintu taubat masih terbuka, rahmat Allah lebih luas dari murka-Nya

Pengalaman dari wanita lain

Kongsi Esah, beberapa orang wanita turut berkongsi pengalaman ketagihan mereka, malah ada yang telah pun dijangkiti penyakit bawaan seksual dipercayai kerana sering melakukan hubungan bersama bekas kekasih mereka.

Susulan itu, ramai warga maya yang tampil dengan nasihat, doa dan kata-kata semangat bagi mereka yang senasib dengan gadis berkenaan.

Berzikir untuk tundukkan nafsu

Bersenam, penatkan diri atasi ketagihan

Ramai rasa tak bernilai walaupun sudah bertaubat

Kalau lelaki ‘melebih’, tinggalkan

Akhirnya jadi lebih baik

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata dan menjadi iktibar untuk orang ramai di luar sana.

Sumber: Esahh

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.