Siakap Keli

Doktor Bidas Video Viral Dakwa Termometer Bebaskan Radiasi, Ini Penjelasannya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hari ini, salah satu prosedur operasi standard (SOP) yang banyak diamalkan di mana-mana adalah imbasan suhu badan, sama ada di masjid, pusat beli-belah, sekolah, hatta kedai mamak sekalipun.

Ia penting bagi memastikan setiap individu yang berkunjung ke lokasi tersebut bebas daripada gejala demam; yang umumnya dikenal pasti sebagai gejala jangkitan COVID-19.

Maka dengan itu, alat yang digunakan bagi imbasan suhu tersebut adalah termometer infra-merah.

Biasanya, penjaga yang berada di kaunter suhu tersebut akan ‘menembak’ termometer itu ke dahi pengunjung, sebelum bacaannya dipaparkan di skrin untuk dinyatakan dalam rekod pendaftaran pengunjung.

Namun, baru-baru ini, tular satu video mengenai seorang individu yang mendakwa tembakan suhu oleh termometer infra merah berisiko untuk menyerap radiasi ke dalam kepala, sekaligus mengakibatkan kanser di bahagian otak.

Bagaimanapun, seorang pengamal perubatan, Dr. Shazwan Sazali membidas semula kenyataan palsu yang dikeluarkan individu ‘palatao’ tersebut.

Malah, doktor ini turut menjelaskan secara terperinci, bagaimana infra merah tersebut berfungsi dan sejauh manakah dakwaan individu tersebut berkontradik dengan fakta perubatan.

Mari ikuti video beserta penjelasan di bawah ini.

Adakah benar infra merah ini berbahaya?

Sumber: Dr. Shazwan Sazali

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.