Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 39 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 28 Kes Tempatan Dan 6 Kes Sembuh Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 6 pesakit Covid-19 yang telah discaj dan 39 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (28 Julai 2020).

Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,607 kes secara keseluruhannya.

39 kes baharu yang dilaporkan menjadikan jumlah kes keseluruhan menjadi 8,943. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 212 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menerusi maklumat tersebut juga, daripada 39 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, terdapat 11 kes import dan 28 kes tempatan.

KKM juga memaklumkan bahawa terdapat satu kes di ICU dan satu kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Walau bagaimanapun, sukacita dimaklumkan bahawa tiada kematian baharu berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa