Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: KKM Kesan Dua Lagi Kluster Baharu Iaitu Kluster PUI Sivagangga Dan Kluster Satok

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan hari ini memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu telah dikesan iaitu kluster Kluster PUI Sivagangga, India dan Kluster Satok.

Menurut kenyataan itu, kes di dalam Kluster PUI Sivagangga melibatkan seorang pemastautin tetap yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 13 Julai 2020.

Kes indeks kluster PUI Sivagangga, India ini merupakan seorang pemastautin tetap yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 13 Julai 2020 (iaitu kes ke-8937). Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif. Beliau telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun didapati tidak mematuhi syarat perintah tersebut dan di dalam tindakan pihak berkuasa. Saringan ulangan didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Sehingga 28 Julai 2020, 28 kontak rapat telah disaring. Daripada jumlah tersebut:

  • Lima (5) dikesan positif COVID-19; dan
  • 23 negatif.

 

Manakala, kes Kluster Satok pula melibatkan seorang pemilik kedai makan dan empat orang daripada kes positif dalam kluster ini adalah pekerja kedai tersebut.

Kes indeks merupakan seorang pemilik kedai makan. Empat orang daripada kes positif dalam kluster ini adalah pekerja  kedai tersebut yang merupakan bukan warganegara manakala seorang lagi adalah ahli keluarga kepada kes indeks. Kesemua kes positif ini berkongsi tempat kediaman dengan kes indeks. Premis yang dikenalpasti ini telah ditutup bagi proses pembersihan dan nyah kuman.

Kluster Satok pula dikesan di sebuah pasar di Satok, Kuching, di mana saringan COVID-19 telah dijalankan di pasar tersebut. Sehingga 28 Julai 2020 sebanyak 229 orang peniaga telah disaring. Daripada jumlah tersebut:

  • Empat (4) dikesan positif COVID-19;
  • 225 negatif.

Kesemua kes positif adalah tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan. Aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan di pasar tersebut sedang dilaksanakan termasuk proses pembersihan dan nyah kuman bagi premis dan kemudahan yang berkaitan.

 

Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa