Siakap Keli
nyaris maut
Gambar: Straits Times

(Video) Detik Cemas, Gadis Gurau Kasar Tolak Rakan Bawah Bas & Nyaris Digilis

Satu rakaman mencemaskan detik seorang gadis nyaris maut digilis bas tular di media sosial.

Dalam video dikongsikan Cheating Death baru-baru ini, kelihatan gadis itu berjalan bersama rakannya di tepi jalan dipercayai di Poland.

Ketika kejadian, sebuah bas berwarna merah sedang melalui jalan berkenaan sebelum secara tiba-tiba rakan mangsa menolaknya ke atas jalan raya.

Akibatnya, gadis itu ‘terperosok ke bawah bas’, membuatkan pemandu bas terus memberhentikan kenderaan itu.

Nasib menyebelahinya apabila gadis itu terselamat dan dikatakan hanya mengalami luka ringan dan kesan calar.

Dalam video tular yang mendapat lebih 2 juta tontonan, dia dilihat mampu bangun semula sendiri dan dipeluk rakannya.

Menurut laporan Straits Times, kejadian itu berlaku pada April 2018 di mana pelaku yang berusia 17 tahun itu telah didenda sebanyak 70 euro, bersamaan RM347 kerana mendatangkan bahaya.

Dakwanya, dia hanya bergurau pada waktu berkenaan. Pun begitu, setelah meneliti rakaman kamera litar tertutup, pihak polis berkata akan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada remaja itu. Pelaku mungkin disaman atau dipenjara sehingga satu tahun jika didapati bersalah, lapor Straits Times.

Sumber: Cheating Death, Straits Times, Inside Edition

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.