Siakap Keli
Gambar: Bernama

Taman Rimba Kiara Masih Dibuka Kepada Orang Ramai – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Orang ramai masih dibenar menggunakan Taman Rimba Kiara meskipun tiang logam telah diletakkan di taman itu untuk proses persempadanan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata tindakan itu diambil oleh pemilik tanah iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menandakan sempadan perundangan.

“Jika proses memagar sempadan berlaku, orang ramai harus dibenar menggunakannya, ia tidak boleh menyekat penduduk daripada terus menggunakan taman itu sekurang-kurangnya buat masa ini. Ini bagi memastikan penglibatan berterusan antara pemilik, persatuan penduduk dan Ahli Parlimen kawasan itu,” katanya selepas melawat taman itu di sini hari ini.

Mengulas penamaan semula taman itu daripada Taman Rimba Kiara kepada Taman Awam Bukit Kiara, Annuar berkata ia “hanyalah satu cadangan” oleh DBKL.

“Saya telah mengingatkan DBKL untuk menukar nama itu, terdapat beberapa prosedur tertentu yang harus diikuti dan permohonan perlu dibuat oleh sebuah jawatankuasa khas yang diterajui ketua setiausaha kementerian itu. Setakat ini, perkara itu belum dilakukan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian itu tidak mempunyai masalah jika penduduk setempat ingin mengekalkan nama taman tersebut.

Semalam, DBKL memuat naik hantaran mengenai penamaan semula Taman Rimba Kiara sebagai Taman Awam Bukit Kiara bagi mengelak orang ramai keliru tentang taman itu dengan sebuah lagi taman berhampiran iaitu Taman Persekutuan Bukit Kiara yang berada di bawah Jabatan Landskap Negara.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.