Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Hello Doktor

Ini Perkara Perlu Diketahui Sebelum Pergi Buat ‘Scaling’ Gigi Untuk Sesi Seterusnya – Hello Doktor

Penjagaan mulut sangat penting yang kerap menjadi perhatian bagi kebanyakan orang. Apa tidaknya, mulut merupakan anggota badan yang penting.

Kesihatan mulut seperti penjagaan gigi perlulah dilakukan dengan kadar yang sesuai. Perkara ini supaya dapat mengelakkan kerosakan ataupun kesakitan pada bahagian sensitif tersebut.

Kini, sudah ramai yang mula mengambil berat akan kesihatan mulut dalam masyarakat kita.

Prosedur cuci gigi sudah tidak asing lagi untuk menyingkirkan karang gigi, bahkan banyak ditawarkan di klinik gigi kerajaan dan swasta.

Akan tetapi, seberapa kerapkah prosedur ini harus dilakukan oleh anda? Jom ikuti artikel ini untuk ketahui lebih lanjut.

Apa itu cuci gigi?

Proses mencuci gigi ataupun scaling merupakan prosedur pembersihan plak gigi yang dilakukan oleh doktor gigi menggunakan alatan ultrasonik.

Karang gigi ialah pembentukan dan pengumpulan plak yang mengeras pada permukaan gigi. Ia boleh menyebabkan gigi tampak kuning dan tidak bersih.

Alat ultrasonik scaler akan menghasilkan getaran yang mampu menghancurkan karang gigi menjadi cebisan kecil di antara gigi.

Selain itu, ia juga boleh membersihkan karang gigi pada garis gusi yang sukar dibersihkan menggunakan berus gigi.

Semasa prosedur ini dijalankan, gusi boleh kelihatan bengkak, terasa ngilu bahkan berdarah. Hal ini kerana gusi dan gigi yang berkarang sedang menyesuaikan diri dengan proses tersebut.

Apakah itu karang gigi?

Karang gigi atau plak gigi adalah gabungan lapisan nipis bakteria dan zarah makanan yang lembut, melekit dan tidak berwarna yang sentiasa terbentuk pada gigi.

Bakteria yang terkumpul akan membiak dengan cepat dalam plak gigi dan mengakibatkan jangkitan pada gusi. Secara tidak langsung, gusi akan berasa sakit dan berdarah.

Sekiranya plak gigi tidak dibersihkan dalam tempoh 10 hingga 14 jam dengan memberus gigi, ia akan berubah menjadi kalkulus atau tartar.

Setelah dibentuk, kalkulus iaitu karang gigi tidak dapat disingkirkan dengan memberus gigi dan hanya boleh dibuang melalui prosedur scaling.

Keperluan prosedur mencuci gigi

Pembersihan gigi secara berkala oleh doktor gigi adalah penting untuk menyingkirkan karang gigi yang terus terbentuk walaupun dengan penjagaan gigi yang teliti.

Pembersihan profesional merangkumi mencuci dan menggilap gigi. Cuci gigi adalah rawatan bukan pembedahan yang biasa dilakukan untuk membuang karang gigi yang telah dijangkiti kuman.

Jika tidak dibuang, ia boleh membawa kepada penyakit periodontal atau gusi. Poket di antara gusi dan gigi akan menjadi lebih mendalam dan menyediakan persekitaran yang sempurna untuk bakteria tumbuh.

Bakteria mula membiak dengan cepat dan akan menjangkiti lebih banyak gusi. Hal ini boleh menyebabkan kelarutan tulang yang menyokong gigi dan menjadikan gigi semakin longgar.

Jika kejadian tersebut berlaku, rawatan akan menjadi lebih rumit untuk menyelamatkan gigi anda. Pembedahan gusi diperlukan untuk memastikan tisu di sekitar gigi sihat.

Berapa kerapkah prosedur ini dilakukan?

Pembentukan plak pada gigi adalah proses yang berterusan. Sekiranya ia tidak dibuang dengan memberus gigi, ia boleh membentuk karang gigi dengan lebih pantas.

Individu yang berada dalam keadaan tersebut mungkin memerlukan pembersihan gigi berkala, setiap 6 bulan atau lebih.

Namun, adalah lebih baik jikalau pemeriksaan gigi dilakukan secara rutin setiap 6 bulan supaya doktor gigi boleh memeriksa kesihatan mulut anda.

Ramai yang beranggapan bahawa prosedur pembersihan karang gigi boleh melemahkan dan menghakis gigi tetapi ia salah sama sekali.

Prosedur pembersihan gigi secara berkala boleh membantu mencegah penyakit gusi dalam jangka masa panjang.

Risiko prosedur pembersihan gigi

Selalunya, prosedur ini sangat selamat jika dijalankan oleh pakar gigi yang berpengalaman. Risikonya sangat rendah berbanding dengan prosedur yang lain.

Namun, ia boleh menyebabkan bakteria berbahaya masuk ke dalam aliran darah melalui luka semasa prosedur ini.

Selain itu, tisu gusi juga berisiko untuk dijangkiti kuman. Anda mungkin perlu mengambil antibiotik sebelum atau selepas prosedur jika mempunyai keadaan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan teruk.

Kumpulan individu yang perlu mengambil antibiotik untuk prosedur ini termasuklah :

Konklusi

Prosedur pembersihan karang gigi mudah untuk dijalankan dan boleh mengelak penyakit gusi daripada berlaku.

Selepas melakukan prosedur tersebut, anda boleh terus menjaga kesihatan mulut anda dengan melakukan langkah-langkah berikut :

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa