Siakap Keli
simpan mayat ibu
Kredit: Mirror UK

Didakwa Kerana Inginkan Wang Pencen, Lelaki ‘Bekukan’ Mayat Ibu Selama Enam Bulan

Dipercayai kerana inginkan wang pencen ibunya, seorang lelaki sanggup menyimpan mayat wanita itu di dalam peti sejuk beku selama enam bulan.

Wu dikatakan berbuat demikian sejak kematian ibunya pada 4 April tahun lalu.

Mayat wanita itu hanya ditemui selepas petugas komuniti yang risau akan wanita itu melaporkan kehilangannya kepada pihak polis.

Pihak polis yang memeriksa kediaman mereka kemudiannya menemui jasad si mati yang telah beku.

Akibat perbuatan itu, Wu didenda RMB 10,000 bersamaan kira-kira RM6,000 serta perlu membayar semula wang pencen yang diperoleh secara tidak sah bernilai sekitar RM14,588.

Lelaki berkenaan juga dikenakan hukuman enam bulan penjara atas tindakannya itu.

Ketua Pendakwa Raya, Jiang Wiaoyan berkata, Wu merupakan seorang penganggur yang banyak bergantung kepada ibunya selepas dia dibuang kerja.

“Tertuduh hidup tanpa pendapatan yang stabil. Dia mempertimbangkan keadaan kewangannya sebelum melakukan jenayah itu,” katanya.

Ketika perbicaraan pada Jun, Wu berkata dia telah membeli peti sejuk berkenaan secara atas talian bagi mengelakkan jasad ibunya mereput dan menyebabkan jiran terhidu bau tersebut.

Bagaimanapun, dia berjanji untuk berubah dan mengebumikan ibunya dengan cara yang benar.

Wanita berkenaan dikatakan telah terlantar sebelum meninggal dunia kerana penyakit dan kegagalan multi-organ.

Sumber: Mirror UK

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.