Siakap Keli
Gambar: Roadcare BentongRaub

“Mohon Sama-sama Jaga Kebersihan”, Bahu Jalan ‘Dicemari’ Sampah, Dipercayai Dibuang Ketika Kesesakan Pulang Beraya

Kita telah diberi keizinan oleh pihak kerajaan untuk merentas negeri pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidiladha bersama keluarga.

Sememangnya sambutan hari raya kali ini mungkin agak meriah kerana hampir semua umat Islam di negara ini tidak berpeluang meraikan Aidilfitri di kampung sebelum ini atas larangan rentas negeri sepanjang arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan.

Pendek kata, ‘aura’ beraya itu lebih bersemangat jadinya, maka berduyun-duyunlah semua warga kota khususnya pulang ke kampung halaman masing-masing, sama ada melalui lebuhraya mahupun jalan domestik.

Namun, sikap buruk segelintir orang kita di atas jalan raya masih tidak dapat dibendung, salah satunya adalah membuang sampah ke tepi jalan.

Roadcare BentongRaub melalui laman Twitter berkongsi beberapa foto yang memaparkan ‘pemandangan’ di tepi lebuhraya yang dicemari dengan sampah buangan.

Gambar: Roadcare BentongRaub
Gambar: Roadcare BentongRaub
Gambar: Roadcare BentongRaub
Gambar: Roadcare BentongRaub

Berdasarkan gambar-gambar di atas, berkemungkinan sampah-sampah tersebut dipercayai dibuang ketika pengguna jalan-raya sedang menghadapi kesesakan di lebuhraya berkenaan.

Barangkali tiada tong sampah persendirian yang ada dalam kenderaan mereka, maka langkah mudah untuk membuangnya adalah dengan melemparkan ke tepi jalan.

Sikap tidak bertanggungjawab seperti ini adalah sangat dilarang kerana selain mencemarkan pemandangan, ia juga boleh memberikan reputasi yang buruk terhadap pengguna jalan raya itu sendiri.

Sumber: Roadcare BentongRaub

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.