Siakap Keli

Wilayah Maguindanao Di Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat 6.4 Awal Pagi Tadi

Cotabato City, Maguindanao di Filipina dilaporkan digegar gempa bumi bermagnitud 6.4 skala richter kira-kira 1.08 pagi waktu tempatan.

Gempa bumi kuat itu bagaimanapun dilaporkan tidak mendatangkan sebarang ancaman tsunami.

Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina turut memberi amaran mengenai gempa susulan.

Setakat ini, tiada laporan yang dikeluarkan berhubung kerosakan  dan angka korban.

Sumber: PHIVOLCS-DOST

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.